Tuesday, December 6, 2011

Donut kentang... gaya anak-anak


Salam 10 Muharram... Ramai yg berpuasa sunat sempena hari Asyura hari ini... InsyaAllah pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid. Banyak peristiwa penting yg berlaku pada tanggal 10 Muharram ini, antaranya Allah jadikan bulan,bintang, matahari dan cakerawala. Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz, Kalam dan Malaikat. Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam. Allah menjadikan Siti Hawa. Allah menjadikan Syurga. Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga dan banyak lagi.. sama-sama lah kita menghayati peristiwa sejarah dalam menegakkan syiar Islam... (kredit to : famili azam)

 
Mari kita ke dapor pulak... maklumlah anak2 yg tak berpuasa tu perlu dilayan makan minumnya... Donut kentang Fatmah dari dapor Izah Daut ni memang sedap...lembut dan menepati selera anak2... Tepat sekali kata Izah... Best ever donut!


Tapi bab mendeko akak memang serender awal2 lagi.... tangan tak seni weyhhhh.... main hantam aje... Yang ini semua anak2 punya design... diorang sukalah topping coklat tuh... Terima kasih Izah dan tuan punya resepi Fatmah... memang berbaloi..!! akak kongsikan resepinya di sini pulak yer...

DONUT KENTANG

resepi: Fatmah Bahalwan
sumber: Izah Daut

Bahan-bahan

500 gr tepung terigu protein tinggi *saya guna gandum
50 gr susu tepung
11 gr ragi instant
200 gr kentang, kukus, haluskan dan dinginkan
100 gr gula psir
75 gr mentega *saya guna marjerin
½ sdt garam
4 btr kuning telur
100 ml air dingin *air sejuk dari peti ais

Cara-cara

Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan kentang halus ,tuang telur dan air dingin, uli hingga rata dan setengah kalis.

Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirahatkan 15 menit.

Bagi adonan masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.

Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.

Angkat, tiriskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat.

Hmmmm ada sos coklat lagi...


Sedap...memang bebaloi.... cubalah

7 comments:

ibundo said...

salam pagi.
bundo masuk dalam lis dulu. Tak tahan tul nengok coklat yang meleleh tu.

CT Delima said...

As'salam Gee

selamat pagi, semalam ada juga rebus kentang sebab nak buat donat kentang resipi dari Ros. Tapi tak jadi terus simpan jer dalam frezer kentang tu. Bila tengok donat Gee ni teringin pulak nak buatnya. anak2 pun dah semestinya suka. Biasalah anak2 ni bab2 deco macam2 nak letak kat situ..hihihi

Mrs. Lady's Stylo said...

Khas buat PENCINTA HANDBAGS!
Koleksi yg menarik & stylo serta tips2 berguna.

Kunjungi kami di http://mrsladysstylo.blogspot.com/

TQVM! :)

Nieza said...

menarik tgk donut akak ni...memang sedap resepi donut kentang ni nieza pun dah cuba buat:)

iza said...

Assalam..
Favourive anak jugak ni....
nampak menarik..sedapnya coklat

Uruskan Android Dari Komputer|Teratak Usang

nOOrsha said...

waahh sedapnye donut....time cuaca ujan ni mmg syok pekena kuih2 camni :)

kzai said...

pandai nye anak2 mendeko..aktiviti cuti sekolah ye..

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015