Tuesday, December 13, 2011

Kuih bakar keledek


Masa balik kampong baru2 ini, sempat merayau-rayau ke Pasar Tani Raub... banyak sayur2an kampong dijual di sana.... seronok tengok makcik2 tu berniaga... sekali pandang macam Pasar Siti Khadijah di KB tu... akak sempat rembat keledek oren 2 kg... dah lama mencari keledek oreng ni... hajatnya nak buat talam permata keledek Yatiememories yang comel lote tu tp semalam hb request kuih bakar pulak... 


Dulu emak selalu buat kuih bakar ni tapi tak pernah lagi buat yg keledek... so semalam kenalah akak selongkar di google untuk dapat resepinya... Hoyay...!! resepi di dapor Ita masam manis tu menggoda jiwa raga... memang sedap kuih ni... panas2 lagi kak gee dah ngap 2 butir... heeee.... so kak gee pinjam yer Ita resepinya dan panjangkan di sini pulak... 

KUIH BAKAR KELEDEK

Source: Ita Masam Manis
By: Yatie

4 biji telur
3 cwn santan
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
2 cwn keledek (rebus dan lecek)

CARA-CARA

Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...

Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.

Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.

Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.


Kak gee guna acuan kecil supaya cepat masak, senang nak makan dan banyak kerak.... anak2 suka makan kerak dia...
yummy!! sedapppp....

memang berbaloi... terima kasih tuan punya resepi Yatie dan Ita...

7 comments:

CT Delima said...

As'salam gee

Kuih bakar semuanya sedap, tambah harum kalau bakar atas dapur kayu kan. tapi sekarang dah moden mana ada guna dapur kayu lagi kecuali kampung yang diceruk2. tapi kenangan lah bakar kuih ni dulu2 setiap siap bakar adik beradik dah bawak lari sampai tinggal sikit jer kuih bakar tu. yang kerak2 tu yang harus habis dulu ya Gee :)

Liza said...

salam gee.....harumnya bau kuih bakar sampai ke sini.....ishhhhh3..ada lagi ke?hihihihhi

hazila said...

Saya pun ada beli keledek oren tu tapi tak tau nak masak apa lagi. Tengah tunggu mood datang dulu.

konde said...

nampak yummy :)

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

konde said...

hmm yummy...

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

nOOrsha said...

sedapnye kuih bakar keledek..manis n lemak je rase kan.. tq kak wish bday sy :)

Nieza said...

sedapnya kuih bakar keledek..kalau yg berkerak tu yg saya suka:)