Monday, December 5, 2011

Kuih talam ubi ~ air tangan bondaku


Musim-musim hujan begini banyak pulak timbul ubi kayu....sana sini ada orang menjaja... sebenarnya macam2 juadah boleh dibuat dengan ubi kayu kan... kuih bingka, kuih talam, kek, apam, pengat, lepat, ubi rebus dan goreng pon sodap... pernah juga emak akak buat masak asam...sedap jugak


Kuih talam ini emak akak yang buatkan untuk minum petang semalam...tapi agak lembek sikit tang kepala dia tu...makan memang sedap cuma kurang cun rupanya, sememeh sikit... apapon air tangan bonda semestinya menambat selera kan....


KUIH TALAM UBI

Bahan-bahannya:-

Bahagian bawah

600gm ubi kayu yang diparut dan toskan airnya
160 ml santan cair.
200 gm gula pasir.
Sedikit pewarna kuning.

Bahgian atas:

600 ml santan.
1/2 tsp garam.
40 gm tepung gandum.
70 gm tepung beras.

Cara-caranya:

Satukan santan, gula pasir dan daun pandan. Masak dengan api perlahan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan. Tuangkan kedalam bekas yang mengandungi ubi kayu parut. Kacau hingga rata.masukkan sedikit pewarna kuning. Ratakan dan kukus 20 minit atau hingga masak dengan api sederhana.

Bahagian Atas.

Satukan semua bahan bahannya dan tapis. Tuangkan ke atas ubi kayu yang dikukus tadi. Kukus hingga masak. Apabila masak buka penutup pengukus dan biarkan di atas api selama 10-15 minit. Tunggu kuih betul-betul sejuk baru dipotong.
 

Jom makan ubi...

3 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Gee,tengok ubi kayu rindu kat kampung la.kat sini ubi kayu mahal nak beli,kalau kat kpn tak de orng nak makan pun.

CT Delima said...

As'salam Gee

Selalunya air tangan orang lama ni memang sedap Gee. CT pun masa bersama ibu mertua ada juga tanya2 resipi lama yang pernah dia buat dulu. Tapi katanya alahhh..sama jer dulu dengan sekarang. cuma dulu2 tak der sukat2 main campak2 terus jadi..hehehe. Betul juga katanya kan, bila tengok kuih talam ubi ni, teringin juga nak buat. Tapi semalam kepasar tani tak jumpa pulak ubi kayu tu.

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
apa kbar? moga akak sihat sejahtera hendaknya...
akak.. diana suka sgt makan talam ubi gini... yang paling diana suka makan lapisan atas nya tu.. hehehe.. atasnya dulu yg habis.. :)tgk talam ubi tu teringin plak nak makan.. sedaaapnya tu akak..

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015