Friday, February 24, 2012

Aura aRoRa... tak mahu ketinggalan


Salam Jumaat dan salam penuh kenikmatan... syukur alhamdulillah masih diberi nafas untuk menatap dan membelai wajah2 insan tersayang... semoga kita dikurniakan keluarga yg bahagia keluarga yg harmoni... baiti jannati...


Taraaaa... hari ini rumah k.gee berseri dihiasi dengan kek batik arora yg berwarna warni dan ceria ... walawehhh.... sampai juga hajat di hati untuk menikmati kek yang sangat sedap, lembut dan harum semerbak ini....  pergh!! k.gee memang tak mahu ketinggalan kalau bab2 menu yg menarik ni... memang selalu k.gee terlior tgk resipi dan tayangan perdana dr blogger memasak... kdg2 tu smpi terbeliak biji mata tengok hidangan mereka... dahlah hidangan nampak sedap dan menyelerakan, gambar dan presentation pon sangat cantek... jeles k.gee tau....


Puas juga k.gee fikir nak deko kek arora ni... tapi tangan tak berapa seni... ala kadar sajalah... Lagipun tercuri masa sampai lewat hantar eQa ke sekolah.... maaf yer cikgu... penangan arora! heeee.....


KEK BATIK ARORA

Resepi: De Nuanza
cnp dari dapor k.ummi

Bahan-bahan:- (loyang bulat 8 inci)

250 g mentega
100 gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa

Cara-Cara:-

Gris dan alaskan loyang dengan baking sheet, ketepikan.

Pukul mentega bersama gula sampai kembang memutih.

Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.

Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati.

Sementera itu, ayak tepung bersama baking powder, kemudian masukkan ke dalam adunan dan pukul lagi sampai adunan sebati (guna speed sederhana perlahan)

Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan warnakan atau perisakan ikut kesukaan.

Tompok-tompokkan setiap warna dlm loyang sampai habis atau ikut kreativiti masing-masing (*akak tompokkan jugak - 2 sudu besar setiap adunan, atur selang seli atas setiap tompokan).

Bakar kek ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160-180 darjah celsius selama 45 mnt - 1 jam (akak bakar pd suhu 165 C selama 50 minit).


Terbaek ke...?

6 comments:

Ida,Japan said...

arora dh sampai dapur k'gee jugak erkkk..ni tak leh jadi ni k'gee..bila la nk sampai dapur HCT niii..adoiii kuat sungguh aura si arora ni yer

Sue @ Nenie said...

Salam..Wahhhh aura kek Arora ni dah sampai sini pun...Cantiknya kombinasi kaler dia

Ayu said...

cantiknya gee, kek batik arora ni..kita pun dah buat juga..hehe

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
cantiknya kek tu akak.. marblenya pun cantik.. nampak menarik ..

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Gee..
Ermm, arora dah sampai ke sini yer.. Bila nak buat ni??? Cantik coraknya..

Mama Hawa/Mama Nani said...

Gee..cantik nyer kek batik arora.