Tuesday, February 21, 2012

Roti gaya piza


Salam semua... semalam tengok k.ummi tayang roti marble nutella yg tak berapa marble, hari ni k.gee pulak nak tayang roti piza yg tak berapa nak piza... rotinya lembut tapi tak berapa gebu... heeeee.... nak salahkan BM tak mungkin... nak salahkan tepung pon tak mungkin juga... barangkali tuan roti yg tak berapa nak ok...


Meroti ni pon sebab nak habiskan belen inti risoles ituhari... godek2 ikut resepi heart shape pide k.nor dan nieza... walaupun roti k.gee ni tak secun roti mereka tapi terima kasih kepada mereka berdua... sharing is caring kan... love uols...


Mari kita layan resipinya yuk....

HEART SHAPE PIDE WITH CAJUN

BASIC DOUGH
resipi : K.Nor Secubit Garam

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.

Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.

Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.

Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.

Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.

Biarkan sehingga proses menguli selesai.

Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.

Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.


WATER ROUX : (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )

30gm tepung gandum
150ml air
Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.


Inti boleh semak di sini yer...

Kalau sudi, cubit lah sorang sikit yer...


6 comments:

CT Delima said...

As'salam Gee

selalunya bila buat apa tak jadi, mesti nak kena salahkan tepung erk..hahaha. Tak apalah Gee, jadi ker tak yang penting kita dah buat, anak2 pun suka makan.

ct pun dah beli tepung roti tu, tapi nak keluarkan BM tu macam berat jer nak angkat dari kotak..hehehe

Ida,Japan said...

slm kak gee...ok dh tu k'gee..nmpk sedap sgt..dan unik bila dibuat bentuk heart ni...rajiin betul

tun_telani said...

salam kak gee.. omeynyer roti bentuk love2 tu.. nnti tun nk wat roti bentuk lap u lap me jugak la. hihi

cik cek said...

Waaa....cecomelnya ...bentuk hati lagi...nak sekepinggg...:)

anymz said...

akak pun teringin nak meroti nanti..:)

K.Nor said...

Yis kurang aktif kut? :)