Monday, February 20, 2012

German cookies...versi derhaka


Salam Isnin dan salam ceria di pagi hari.... Mari kita mulakan hari ini dengan bismillah dan bersyukur dengan nikmat yg Allah kurniakan... Jom kita naik kapal terbang pagi ini ke Jerman sekejap sambil cuci mata dan jamu selera....

Taraaaa...!!!! german cookies dari dapor orang melayu.... hehehe.... versi derhaka...
K.gee derhakakan german cookies dengan campuran perisa mocha dan warna coklat...
Ya amponnnn tuan punya resipi....


GERMAN COOKIES

Sumber  : Hasue

BAHAN-BAHANNYA :

125 gram mentega berkualiti tinggi (mama guna majerin Planta)
125 gram tepung kentang (boleh beli kat kedai baking)
80 gram tepung halus (superfined/hong kong)
40 gram gula aising, diayak

KAEDAH PENYEDIAAN :

1. Satukan tepung kentang dan tepung halus, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.

2. Ambil sedikit adunan, kemudian bulat2kan dan susun atas dulang pembakar. Tekankan hujung garfu di atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.

3. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing).

4. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara
 

german cookies versi derhaka... hahahaha....

6 comments:

Papa-NtiQ said...

Perghh...

hazila said...

I suka versi derhaka ni... hehehhe maklumlah selalu juga derhaka kat resepi.

Ummi said...

Waaaaaaaaaa....versi derhaka eh...janji leh makan jerk...tlg hantar ke rumah akak sebalang k.. :)

ijayuji said...

Salam kak gee! dah mcm raya kan skrg ni hihihi...rumah org sana sini buat sekut :D termasuk umah kita, buat biskut paling senang n seronok :D

AZLITA AZIZ said...

rajinnya mengukis...


tak pe derhaka janji sedap!

Anonymous said...

Perhaps you should make changes on the web site brand to help something more
attractive. I first made itself known yet 2 some other success, even though they have
a better subject. Nonetheless whatever desired I stumbled upon listed here.
Also visit my web blog ... Online Auto Insurance