Wednesday, February 8, 2012

Pajeri nenas... membisu


PAJERI NENAS
Sumber : Periuktanah
Air tangan : 



Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

3 keping nenas dipotong bulat 1 sm tebal- belah dua
2 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih dihiris nipis
1/2 inci halia dihiris halus
2 sudu besar rempah kari ikan- bancuh dengan 1/2 cawan air
1 sudu besar kerisik- kelapa disangrai dan ditumbuk lumat hingga terbit minyak
2 cawan santan sederhana pekat
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis



Cara membuatnya:

1. Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, putih dan halia hingga berbau wangi dan bawang merah keperangan. Masukkan rempah kari dan kerisik.

2. Tumis hingga terbit minyak sambil dikacau sekali-sekala. Gunakan api perlahan agar rempah tidak hangus. Jika rempah tidak masak betul, pajeri kita akan kurang keenakannya.

3. Masukkan santan dan nenas. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan 2 sudu besar gula. Didihkan lebih kurang 5 minit atau kuah nampak pekat. Jika cukup masin dan manisnya, bolehlah dimatikan api dan hidangkan bersama lauk-pauk lain. Enak juga dimakan bersama nasi tomato.


 4 ur eyes only....

8 comments:

Qhaifa Nur said...

bentuk nasi tu tertarik sungguh...

Gee® said...

Qhaifa >
ahai...k.gee beli acuan d Ikea

CT Delima said...

As'salam Gee

membisu kenapa...? sakit gigi eh Gee...hehehe. gurau2 jer Gee...lamanya tak makan pajeri nenas. last masa gi kenduri kawin pastu dah lamaaa tak makan. malas nak buat sendir sebab ct sorang jer yang makan.

Gee® said...

CT >
bkn sakit gigi laaa... takde idea... hehehe

hazila said...

Saya selalu guna nenas dalam tin kalau nak buat pajeri. Senang dan lebih sedap rasanya.

Gee® said...

Zila >
samalah kita...heeee

AZLITA AZIZ said...

salam Gee..
amboiii.. membisu seribu bahasa ye..
ita ni dah tak keluar suara dah... nak kata bisu tak bisu pulak.. hihi

paceri nenas ni dulu masa kecik2 ita tak suka tau.. tapi bila dah rasa adoiii.. sedap rupanya.. rugi tak makan dulu..
sekarang kalau jumpa ita suka ratah aje..

Papa-NtiQ said...

Hi Gee...just tengah blogwalk kat sini. Menarik masakan2 Gee buat saya lapar je.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015