Salam Isnin semua..... ada yg Monday blues ke? biasalah tu... selepas 2 hari berehat di rumah hari ini kita mulakan tugas semula.... selamat bertugas yer... kepada yg bertugas sepenuh masa di rumah, laksanakan lah tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas dan bijaksana... mudah2an mendapat keberkatan dr Yang Maha Esa...
Dua hari k.gee tidak bersiaran.... "round the world...wehhh" ... ahaks.... dari Kuantan ke Temerloh, Pekan dan Beserah.... melawat anak2.... sempat berkelah di kem PLKN bersama Along... jamu nasi ARab... selera tengok Along makan.... maklumlah makan nasi kawah biasanya tak sesedap masakan ibu, kann...? hehehe... tinggal 3 minggu lagi... Along sudah tidak sabar nak menamatkan latihan khidmat negaranya.... rindu kawan2 katanya...
Oklah hari ini k.gee nak kongsikan resepi makan tengahari semalam.... menu pahit tapi sedap....
PERIA MASAK LEMAK SOTONG
1 biji peria yang dibersihkan dan dibuang biji dan potong kecil
3 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
2 labu bawang besar saiz sederhana
200gm sotong sederhana besar - dibersihkan dan potong kecil
1 cawan santan pekat
garam secup rasa
1 keping asam keping
1 cawan air
Cara-cara membuat:
1.Kisar/tumbuk lumat cili, kunyit hidup dan bawang besar.
2.Masukkan ke dalam periuk bersama peria, sotong, santan, air, asam dan garam.
3. Masak sehingga mendidih.
2 comments:
Salam K.Gee...nampak sedap gulai lemak peria tu.Tp dlm byk2 sayur,atie xpernah mkn sbb kecik2 dulu pernah trrrrgigit..pahittt!.Pastu sampai la ni,xpernah msk/makan.hihihih
Salam gee..
mmg nmpk sedap lauk lemak begini.. mak mama pernah msk lauk lemak ikan ltk peria mmg lemak2 pahit tapi sedap!
Post a Comment