Tuesday, February 14, 2012

Lambaian desa


Assalamualaikum.... walau pun baru 2 hari tak bersiaran tapi terasa amat rindu pada teman2... uols rindu k.gee tak? heeee..... rindu di angin lalu kan.... semoga persahabatan di alam maya ini dapat mengeratkan silaturrahim dan ukhwah sesama umat Muhammad....
Sajian k.gee hari ini menu lambaian desa.... mungkin ramai yang tak tahu bahawasanya kulit rambai boleh dibuat lauk... jangan terkejut pulak yer... k.gee pon baru jer tahu... dulu pernah makan tapi tak pernah tanya resipinya... baru2 ni masa balik kampong sempat menuntut dengan MIL... jom k.gee sharekan resipi masak lemak kulit rambai....

MASAK LEMAK KULIT RAMBAI

Bahan:

1/2 kg kulit rambai
3 ulas cili padi
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
1 mangkuk santan
1 ekor ikan - rebus dan tumbuk
Garam dan asam keping

Cara :
1.  Kulit rambai dipotong kecil dan direbus.  Toskan.
2. Tumbuk lumat cilipadi, lengkuas, kunyit dan bawang. 
3.  Masukkan semua bahan ke dalam periuk bersama ikan yg ditumbuk.
4.  Tambahkan santan dan masak sehingga mendidih.
5.  Jangan lupa masukkan garam dan asam keping.
6.  Bila sudah mendidih dan kuahnya pekat, bolehlah diangkat. 


Kata orang tua2, buah rambai ini menandakan musim buah sudah hampir tamat. Ye la kot... 

Jom makan kulit rambai...


4 comments:

CT Delima said...

As'salam Gee

jarang makan buah rambai ni atas sebab2 tertentu..hehehe. dulu2 zaman anak2 memang hantu buah rambai ni, sampai balik kampung sedara duduk bawah pokok sampai perut naik kembung lepas tu faham2 sendirilah ya Gee..hahaha

menu orang lama2 ni kita memang tak jangka, kalau nak dikutikan semua benda atas muka bumi Allah ni boleh dimakan, cuma kita jer yang tahu, betul tak Gee.

Yatie said...

lama tak makan rambai...masa kecik2 mmng suka betul makan buah ni..tak tau pulak boleh di masak kulitnya..dah tentu sedapkan rasanya..

Papa-NtiQ said...

hmmm menarik Gee tak penah lagi saya rasa masakan kulit rambai....hmm...bukak post nih kat opis ptg2...rasa cam lapar lak. Kene tutup cepat2!!

ijan said...

Salam Kak Gee,
resipi akak ni memang nostalgia. kat kampung mak selalu buat ni. sedap nya makan dengan nasi putih... lama tak makan rambai. pokok entah ada lagi ke tidak kat rumah tu. hihi