Assalamualaikum..... mari kita amalkan doa pagi yg Rasulullah amalkan... insyaallah moga segala urusan di permudahkan di hari Jumaat yg mulia ini…
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya, dan petunjuknya. Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada di dalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya..."
Hari ini k.gee nak kongsikan info dan resipi belimbing buluh...selepas bunga kantan sekarang ini musim belimbing pulak... Bertimbun buahnya di rumah mak... Buah belimbing buluh bukan sahaja boleh dimakan mentah malah boleh dibuat sambal, acar, jeruk, kari dan sirap. Ia juga boleh diperam dengan garam dan digunakan sebagai perencah masakan atau dibuat minuman. Selain digunakan dalam masakan, buahnya turut digunakan sebagai pembersih kuku, pencuci logam dan pencuci domestik yang menanggalkan kekotoran. Buah belimbing buluh digunakan secara tradisional untuk merawat darah tinggi, sakit gigi, batuk teruk, jerawat, panau dan lain-lain. Banyak kan kegunaan belimbing buluh... Ok mari kita lihat resipinya pulak....
IKAN SALAI MASAK LEMAK BELIMBING
Bahan-bahanye
1 ekor ikan patin yang siap disalai
10 biji belimbing buluh
1 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
1/2 inci lengkuas
2 batang serai - dititik
10 biji cili padi
2 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit garam
Daun kunyit (hiris)
caranya
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup, lengkuas dan bawang hingga lumat, kemudian masukkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
2.Selepas itu masukkan 2 cawan santan, dan 1 cawan air, setelah kuah agak mendidih baru masukkan ikan salai, belimbing, asam gelugor dan sedikit garam. kacau selalu.
3. Masak sehingga kuah pekat sedikit, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.
hisy...hisy...hisy... ada juga ke yg tak kenal buah belimbing buluh...
10 comments:
Assalam Gee, waaah lama akak x masuk sini, mcm2 dah ketinggalan...tgk kuih rengas n kek gula hangus tu..dua2 fav akak...nnt akak datang rumah, buat ni taauuu..hehhee
Fuhhhhh....sedapnya...kechur2....ikan salai...belimbing buluh...fuyooooo...menggoda sungguh...
salam gee...mmg musim belimbing buluh skarang ni...baru je buat sambal hitam pahang semlm...sedap plak nampak ikan ni...
Salam kak Gee,
Sedapnya... ada pokok, memang banyak menu boleh buat dgn belimbing buluh. belum lagi jumpa kat pasar sini.
K.Ummi >
hehehe...malu aah chef nk dtg umah...kita masak main2 boleh ler...
cik cek >
pestime makan ikan salai...hmmm memang sedap... ngam sgt dgn belimbing...
Jun >
mmg tgh musim belimbing skrg nih... byk berterabur kat tepi umah mak akak... ahaa buat sambal hitam pon sedap ek... mekacih bg idea
Indahhouse >
kat umah mak k.gee byk belimbing... tak larat nk tengok dah... byk berterabur baunya kurang menyenagkan... tp kalau dh masak lauk camni, sedap....heeee
As'salam Gee
Aminnnn ya rabalaminn..
Gee...2 hari kepas anak sedara balik dari JB, dia bawakkan satu plastik belimbing buluh yang mak mertua ct bagi. Biasalah kalau dah teperap dalam plastik naik pulak bas, sampai lecur belimbing tu kepanasan..hehehe
Itulah ingat nak buat asam pedas letak belimbing sedap juga kan Gee.
ingat dulu2 masa FIL & MIL duduk kat palong n9, selalu makan ikan salai..memang sedap sangat bila masak gulai...
salam k gee..huwaa terliur ai tgk masak lemak nih kak....mmemey sedappp lemak cili api boh belimbing buluh..ngan ikan salai lagi..nyumnyumnyum
masak lemak cili api pedas best,..
Post a Comment