Wednesday, November 14, 2012

Aci tak ?


Apa khabar teman-teman? Masih bercuti ke..? Seronoknya dia... Selamat bergembira lah yer... Kepada yang tidak bercuti dan sedang bertugas tu... jangan sedih-sedih tau, cuti masih panjang... esok lusa giliran kita pulak bercuti, kan... heeeee pujuk hati sendiri...


Tayangan amal pagi ini menu yang ringkas dan malas-malasan... Aci ke pepagi makan goreng pisang cicah sambal kicap...? kata hb... hantam lah labuuuu.... janji perut kenyang...!!! hahahaha... Ada yang nak resepi ke?  Jom layan....

PISANG GORENG

5 biji pisang nangka (pisang lain pon boleh..)
minyak untuk menggoreng

Bancuhan batter:
1 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum
2 tbsp tepung jagung
1 sudu marjerin
Sedikit garam dan serbuk kunyit
air secukupnya

Masukkan bahan2 batter dan bancuh hingga sebati. pastikan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. bancuhan tepung yang elok-elok melekat pada pisang.

Pisang dipotong kecil lalu masukkan ke dalam batter.  Panaskan minyak secukupnya dan masukkan hirisan pisang yang bersalut tepung tadi.  Goreng pisang sehingga keemasan. Angkat & tos. Hidang bersama sambal kicap.

No comments: