Tuesday, November 6, 2012

Puding belang


Assalamualaikum... kawan2 sihat ke? haaaaacumm!!! Lorrr... selsema rupanya... dah dekat sepuluh kali terbesin ni tau...!! hidung ni pun rasa macam nak tercabut... kesiannya... cepat2 pergi klinik dan ambil ubat ye... kalau melarat nanti susah pulak... siapa nak uruskan makan minum anak2 dan cik abang tu kan...  


Nampaknya bunga-bunga musim tengkujuh sudah mula menjelma... berhati2 lah ye terutama yang tinggal di kawasan yang rendah dan sering dilanda banjir..  anak2 kecil perlu diawasi kerana mereka suka bermain air dan menganggap musim tengkujuh adalah pesta...


Musim tengkujuh begini sesuai ke makan puding yang sejuk-sejuk...? hehehe... memandangkan ada stok roti yang tak ditegur sejak beberapa hari, k.gee pon merajinkan diri lah memuding... layan ajelah karenah tekak yer...

PUDING ROTI CHOC & JAGUNG
Resipi dari : Ibu Manja

Bahan-bahan

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat (k.gee tak letak)
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - boleh kurangkan
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (boleh juga guna choc emulco)
1/2 cawan jagung krim dlm tin (k.gee tambah)

Cara-cara

Didihkan 3 cwn air, serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal (k.gee letak jagung krim) dan satu adunan masukkan serbuk koko atau choc emulco. kacau cepat2! Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis atau me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding atau agar2 nie mudah sejuk atau membeku. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dimakan ketika sejuk.  Sedapppp.... 


nyam... nyam..!!


8 comments:

CT Delima said...

As'salam Gee

tak sihat ker? take care ya. menu serupa belang2 tapi kat dapur CT tu kek kat sini puding..

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Gee..

Wwah kat sini pun ada belang jugak. Tadi tgk kat kek belang kak ct..hehehe...

Mas Sani said...

cuaca tak menentu skrg ni mmg undang penyakit...mas ni pun dh rasa tak sedap tekak huhuhu...

rajin sunggu membelangkan puding...sedapnya makan bila puding dh sejuk rasa nyaman je... :)

FnF Simple Life said...

moga cepat sembuh. wahh dah masuk musim tengkujuh di msia ye. apapun puding roti bila2 pun sedap dan sesuai tak kira masa ;)

mama sara nur said...

assalam k.gee
alahai selsema ye, cepat2 mkn ubat. sy kalu bersin2 tu makan cpt2 ubt takut bila selsema susah sikit he he
sedap tgk pudng ni...yum yum

rahel said...

Walaupun musim hujan tak menentu tapi tetap layan puding belang ni klu ada depan gue skrg...hehehe

Qasey Honey said...

slm Kak G...xsihat yer...semoga cpt sembuh yer..jgn lupa mkn ubat tau...

sedapnya tgk puding marble tu..

ibundo said...

lembut je nampaknya gee..