Friday, November 16, 2012

Homemade cheese bun


Salam Jumaat dan salam 2 Muharram 1434 H.  Subhanallah... lamanya k.gee tak meroti... BM k.gee pon sudah bersawang... kebetulan petang semalam encik suami request nak makan roti keju untuk berbuka puasa... k.gee pon merajinkan diri meroti buat suami tersayang...


Resepi cheese bun ini daripada Kelas masakan Lin, tempat k.gee belajar meroti di Kuantan ini... cuma petang semalam k.gee ubahsuai sikit resepinya ikut bahan yang ada di rumah... susu tepung k.gee gantikan dengan coffee mate dan bread softner k.gee gantikan dengan dough softener... alhamdulillah nasib baik menjadi dan lembut juga hasilnya walaupun tidaklah segebu macam buat di kelas dulu...  



Cheese Bun

400 gm tepung high protein
60 gm tepung serbaguna (ayak)
100 gm gula castor
1 sudu kecil garam
80 gm shortening
16 gm yis
1 biji telur
230ml air sejuk (dari peti ais)
20 gm bread softner
1 sudu kecil bread improver

CARA MEMBUATNYA :-)


Satukan semua bahan ke dalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.

Bentukkan bulat, alih dalam bekas dan bungkus dengan plastik, biar 45 minit - 1 jam.

KAEDAH LAIN

Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on", tunggu hingga siap.

Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. Bulat kan dan canai mengikut bentuk digemari.
Biar 45 minit hingga doh mengembang.

Taburkan keju cedar dan sedikit gula pasir kasar.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan atau boleh juga dihidangkan panas2.  



jemput makan roti... cicah air nescafe panas...


9 comments:

mama sara nur said...
This comment has been removed by the author.
mama sara nur said...

selamat pagi k.gee
sedap cicah air nescafe panas kan
bak seketul he he

mama sara nur said...
This comment has been removed by the author.
Mas Sani said...

rajinya meroti...
nampak gebu juga walaupun akk dh ubh sikit resepinya :)

Sue @ Nenie said...

Salam Kak...Emmmm sedap ni makan panas2...Klu ada kaya lagi bestttttt

Ayu said...

Assalam gee,
salam maal hijrah ya..
wah recipe yang dikongsi dari menghadiri class ya gee..terimakasih ya kerana tak lokek berkongsi..

Subhie Arun said...

Wow sedapny ... Gebu Pulak
Mayan Panasonic panas mesti sedap

Hapi to follow u... Hapi if u follow me back... Happy weekends

http://subhieskitchen.blogspot.co.uk/

zila norazila said...

wahhh tgok tue..gebus jew..zila mmg x pandai klu wat roti kak..tgk org buat gebu2:)

Amie said...

sedapnya dapat makan roti buatan sendiri... lagilah kalau waktu pagi, sejuk...harum aje bau roti!