Friday, November 9, 2012

Agar-agar santan


Hari Jumaat ini menu ringkas saje dari K.gee... agar-agar santan... slrup! licin jer lalu kat tekak kan..?! Dulu agar-agar disediakan untuk dessert atau pencuci mulut selepas makan... biasanya dicurah dalam loyang dan dipotong begitu sahaja tapi sekarang agar-agar sudah naik standardnya... ia sudah mula dikomersialkan dengan aneka rupa, rasa dan gaya... K.gee amat terpesona dengan agar-agar yang cantik dalam bolg  Citarasawan... pergh ! sangat menarik dan menambat hati.. Sesiapa yang berminat nak tempah agar-agar dan puding untuk hantaran atau majlis pertunangan bolehlah ke bolg Citarasawan yer...




AGAR-AGAR SANTAN

1 paket agar-agar
1 liter air
3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula
1 biji telur
1 helai daun pandan
secubit garam
sedikit pewarna/ sirap ros


CARA-CARA

Rebus agar-agar bersama air dan daun pandan.  Masukkan gula dan kacau.   Satukan telur dan santan dan masukkan ke dalam periuk agar-agar tadi.  Tambah pewarna sirap ros dan sedikit garam. Biar mendidih dan tutup api.  Angkat dan tuang ke dalam acuan.  Sejukkan.



 agar-agar k.gee ni boleh buat bisnes ke..? 
hehehe


2 comments:

Mas Sani said...

cantik..sedap..sejuk je kan..

cheeze maz said...

Salam ziarah, insya Allah, agar2 yg sedap n cantik ni blh dibuat busines yg menguntungkn.

jemput ke blog akak yg x seberapa di http://cheezemaz.blogspot.com/ . Boleh nikmati keenakan serbuk CHEEZE MAZ, yg bila dicampur air panas menghasilkan sos yg sesedap sos cheeze wedge di KFC. Harga pun murah, RM 10.00 shj untuk 200 gram

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015