Saturday, November 17, 2012

Mee hoon Singapore... ala ala

  
Selamat berhujung minggu teman teman... Salam sayang semua... Seperti biasa agenda pagi Sabtu selain siapkan sarapan dan main tembak tembak... kemas rumah sikit dan mandikan pokok orkid yg dah lama merajuk tu... hehehe tuan rumah dah tak rajin nak meng orkid... jeling jeling kejap jer...   
  

Sarapan pagi ini ala ala mee hoon Singapore... ops! halooo.... orang Singapore makan mi cam ini ke...? hehehe... tak dapat pergi ke Singapore dapat makan mee dia pon cukup lah...   




Mee hoon Singapore

1 bungkus mee hoon ( celur air panas dan toskan)
1 pokok daun bawang atau daun kucai ( di potong2)
10 biji cili padi ( dipotong2)
Beberapa ekor udang dan sotong
1 batang karot ( dipotong nipis )
1 labu bawang besar ( ditumbuk )
4 ulas bawang putih ( ditumbuk )
Sedikit lada hitam (ditumbuk)
Sedikit sos tiram
Garam secukup rasa
1 kiub ikan bilis maggie ( jika suka)

Cara penyediaan

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukan kiub ikan bilis, sos tiram dan sedikit air.

2. Bila mendidih masukkan udang dan sotong, mee, karot, cilipadi dan garam. Kacau hingga sebati dan mee lembut.

3. Jika suka boleh tambahkan daun kucai, sesuaikan rasanya dan bolehlah diangkat.




Jom sarapan...


3 comments:

zila norazila said...

spore mari..yummyy tu kak gee..:)

adda syuhada said...

sedap tuh Kak Gee

Mieza said...

wahhh ajuh datang mihun ni kak gee...sedp tuh..mieza suka kalau ada sambal kicap nyummm nyummm