Monday, November 26, 2012

Bingka crackers


Salam Isnin dan salam siaran semua... 2 hari k.gee berkampung di dusun durian... subhanallah... berlambak buah durian di kampung sampai tak ada nilai sudah... walaupun raja buah tapi harganya sudah jatuh ke 0.40 sen jer sekilo... Ya Rabbiii.... buat letih mengutip jer, kata adik ipar k.gee... nak makan memang tak larat dah... nak buat tempoyak pon tak tahu nk simpan mana... sudah berbotol2.... berderet2... begitulah rezeki Allah pada tahun ini... 


Haiiii.... kalaulah k.gee gemar makan durian memang macam2 menu k.gee buat... especially durian crepe yang tengah top sekarang ni... tapi... itulah pasal... tekak ini belum boleh terima lagi buah durian fresh tu... yang sudah jadi tempoyak dan masak gulai ikan patin k.gee makan pulak... hehehe... macam macam kan...


Menu hari ini bingka crackers... tak ada kena mengena dengan durian yer... Bingka crackers ini k.gee selongkar dapor Ita Masam Manis... nampak menggoda terus k.gee godek2... ermmm.... memang sedap!! Jom....


BINGKA CRACKERS

Sumber : Ita masam Manis
By : Kh267tm
Rujukan : AROMA Jun 2012

20 keping biskut Cream Creakers ~ biskut lemak
85 gm tepung gandum
1 cawan gula pasir
3 biji telur
710 ml santan atau susu segar
secubit garam
1 sudu besar butter
1 sudu kecil pandan emulco dan pewarna hijau
1 sudu kecil coklat emulco
1 sudu kecil pes vanilla
Sedikit bijan untuk tabur atas

Panaskan oven pada suhu 180C
Oleskan loyang bulat ukuran 7 inc dengan butter
Kisarkan semua bahan kecuali, bijan, pewarna, pes vanila dan emulco, sehingga semua hancur
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
Satu bahagian di letakkan pandan emulco dan pewarna hijau
Satu bahagian lagi, asingkan satu senduk dan letakkan coklat emulco dalam adunan yang telah diasingkan 1 senduk tadi.
Baki adunan di letakkan pes vanilla
Tuangkan adunan vanilla ke dalam loyang
Tompok-tompokkan adunan warna coklat di atasnya
Dengan menggunakan belakang sudu buatkan carikkan marble
bakar dalam oven selama 20 ~ 30 minit atau hingga permukaan atasnya keras sedikit
Keluarkan dari oven dan tuangkan adunan bewarna hijau
Taburkan bijan di atasnya
Bakar semula dalam oven selama 45 minit atau sehingga permukaan atasnya keperangan.
Setelah masak biarkan bingka sejuk sepenuhnya sebelum di potong.

3 comments:

Norzie hany said...

Sedapnya.

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Beruntung nya buah durian x pyh beli...d sabah buah durian klu musim sekali pn...paling murah 4rgt sekilo itu pn yg x brapa bgs grade nya..kemarin g daearah sipitang durian ctu mmg byk...tp still mhl...kualiti yg besa2 shj pn..4biji 25rgt...sedihhhh...mkn durian x puas...tp x bole mkn byk sgt in one tym...panasss...mngundang pnyakit....hihi

Nooriah Abdullah said...

lapo lah pulak tengok benda ni tengahari ni nak minta jauh sngt lah kena buat lah ni nampak gaya nya..