Monday, May 13, 2013

Bingka roti


Assalamualaikum dan salam Isnin kepada semua... hari berganti hari minggu berganti minggu bulan berganti bulan... sedar tak sedar hari ini kita sudah berada di bulan Rejab... Syaaban akan menyusul dan Ramadhan pula dinanti..

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:


“Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT."

 

Kuih bingka roti ini sudah lama k.gee buat sebenarnya tapi baru hari ini sempat tayangkan... biasalah bila stok roti di rumah seperti tiada peminat, terpaksalah k.gee pelbagaikan sebelum tamat riwayatnya... bila sudah bertukar menjadi kuih dengan aroma pandan dan kerak yang hangus tu... ramai pulak peminatnya..  sekejap saje licin... hehehe... memang benar kata orang, kena ada kreativiti duduk di dapor ni, kan... Jom layan resipi bingka roti...


BINGKA ROTI

Bahan-bahannya:


7 keping roti termasuk keraknya
200 ml pati santan
2 cawan air pandan
1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna hijau ( jika suka )
secubit garam

Cara-caranya:

1. Siat-siat roti kecil2 dan rendam dengan 2 cawan air. Bila telah lembut lenyek-lenyekkan sedikit.

2. Di dalam mangkuk besar lain, pukul telur dan gula hingga sebati.

3. Masukkan pati santan, esen vanilla, garam dan pewarna hijau. Gaul sebati.

4. Masukkan tepung gandum dan kacau lagi. Tapis.

5. Akhir sekali masukkan sebatian roti tadi dan digaul sebati. Masukkan dalam acuan yang telah disapu minyak dan bakar dalam oven 190' celcius selama 90 minit atau sehingga masak.



Sesuai untuk sarapan dan minum petang...
boleh juga untuk juadah berbuka puasa nanti...

9 comments:

asyifamustaffa said...

menu yg simpel kan kak...tp pastinya sedap..!

Mori Said said...

Menyelerakan nyer....

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum..emmm bila ada bingka roti macam ni, mesti nak makan ngan eskrem...sedapppppp

fazianbatrisyia said...

sedapnya....mesti menambah kalau sy dapat ni..

ady said...
This comment has been removed by the author.
ady said...

as-salam
sedapnye....mak saya suka sgt dgn bingka roti mcm ni..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Boleh akak cuba bingka roti Gee ni, nampak Sedap... ;-)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Nampak sedap ni Gee

suryabil said...

Dapppp...suke bingka ni...nnti blh try :-)

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015