Tuesday, August 16, 2011

Alahai....otai mini murtabak

Hari ini dapor akak tak berasap lagi... hari ini jamuan berbuka di sekolah eQa pulak... tak sabar si kecik tu nak berbuka & terawih di sekolahnya... awal2 lagi sudah siapkan telekung masuk dalam beg.... siap warning mak dia jangan balik lewat nanti tak ada tempat... macamlah sekolah dia tu ramai sangat studentnya... gitulah budak2 kan .... selalu teruja dengan benda2 baru... maklumlah pestime berpuasa


Mini murtabak akak yang tak sepertinya ini juadah berbuka hari Ahad lepas...sambil2 tengok si Sheila Rusly berceloteh dalam Ketuk2 Ramadhan tu sambil membuat murtabak.... alahai kira untuk makan sendiri bolehlah... Resipinya akak skodeng kat dapor si izah tokeh muffin tu... izinkan akak tepek di sini pulak yer izah...


MURTABAK MINI


Bahan-bahan ( 6 keping )
100 g daging cincang (akak guna ayam)
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
kulit popia
2 biji telur

Cara-cara

mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.  apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.

apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.

pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak
 

3 comments:

tun_telani said...

wah! sedap! tun pun buat mini murtabak camni.. senang dan sedap.. comey je duk imagine eqa tu..hihi

izahdaut said...

Apa yg alahai nyer kak gee? Hihi.. Alahai alaaaa dpt mkn mini ke? Puasa nk tk dpt lagi berbuka murtabak. Meh kak bagi sket saya belen2 inti tu. Nk buat jugaakk

Juwita Jamaludin said...

kak gee. resepi yang lama masuk list tap tak terbuat2 gak.. hahahaha.. bestny nampak inti akak tu