Thursday, August 11, 2011

Rusa masuk kampong..?


Mana rusanya...? Tu dia... dalam kuali... Loooorrrr ingatkan ada rusa mini zoo terlepas tadi... rupanya daging rusa goreng kunyit... kalau sudi marilah jamu selera bersama k.gee, yuk....


Daging rusa goreng kunyit

250gm daging rusa
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar ( dihiris nipis)
1 sudu besar sos tiram
sedikit garam
sos tiram
Lada

Cara-caranya

1. Potong daging nipis-nipis, basuh dan toskan.
2. Gaul daging dengan halia, kunyit dan bawang putih yg sudah dikisar tadi.  Perapkan 1/2 jam. 
3. Kemudian masukkan dalam kuali, tambah sedikit air dan masak atas api hingga kering airnya.
4) Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, sos tiram dan lada, sesuaikan rasa masukkan sedikit garam, kacau sebentar dan apabila bawang dan cili hijau agak layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat mencuba.


5 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
wah masak daging rusa rupanya... ehhehee... diana x pandai makan daging rusa.. org kata sedap.. sedap ek akak?

Juwita Jamaludin said...

salam kak gee.. menariknya rusa.. ita tak penah makan kak.. berderet menu akak.. tak terkejar kak .. sedap2 dan lawa rose tu.. senang masuk mulut seketul terus

InaAchik said...

x pernah lg mkn daging rusa...

Nurul said...

K Gee,
Nurul pun x pernah lagi makan daging rusa.. Sedap yer...

izahdaut said...

wahhh...rusa...saya suke kak gee..kalau buat satay pun best ni..psss banyak ke dapat dagin rusaa tuu.. meh bagi saya skeet kak

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015