Thursday, August 25, 2011

Jom pasang pelita...

Biasanya pada malam tujuh likur ni banyak pelita atau lampu likur dipasang di sekeliling rumah bagi memeriahkan lagi sambutan lebaran yg semakin hampir... ada juga yg mengaitkan malam tujuh likur dengan lailatul qadar...  apapon amalan ini merupakan satu adat sahaja dan tidak ada hadis atau perintah syariat yang menyuruh kepada sambutan malam ini.


Sambil-sambil pasang pelita tu, mari lah maniskan mulut dengan kuih tepung pelita ni... ermmm yummy!! malam ini kita rehatkan oven sekejap yer... kesian dia seminggu dua ni berhempas pulas dia menyiapkan kukis...


KUIH TEPUNG PELITA

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara 1.Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati. 2.Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan. 3.Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat. 4.Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap. 5.Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat. 6.Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi. 7.Sejukkan

3 comments:

Juwita Jamaludin said...

salam kak gee.. sedap tepung pelita.. tart kat bawah tu pun sedap.. lawa lak tu

Ida Rahman said...

mmmmmmmm...yumm...yuumm...

Ida Rahman said...

nak sket

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015