Assalammualaikum...salam Jumaat semua... Jumaat yang penuh rahmat... marilah kita mengambil keberkatan hari Jumaat ini utk lebih muhasabah diri.. dekatkan diri dgn Allah Ta'ala...semoga kita lebih dimurahkan rezeki dan berada di kalangan orang2 yang terbaik...…..selamat menjalani Penghulu Hari yang diberkati…..
Resepi kuih lapis keladi dari Chef hanieliza... tapi yang kak gee buat ini terlembek sikit... itu yg fail tu... masa nak potong tak susah tapi masa nak snap gambar nampak comot... mungkin kak gee guna loyang kecil jadi lapisannya tinggi sangat dan kuih tu tak nak berdiri tegak asyik nak tumbang aje... so untuk memudahkan kak gee ambil gambar kak gee terpaksa try 2 alternatif... satu baringkan dia... dan satu cara lagi asingkan jadi dua tingkat saja... yg sebenarnya ada 6 tingkat... hehehe
KUIH LAPIS KELADI
Resipi : Chef Hanieliza
Bahan A:
2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan
1 s/k garam
Bahan B
1/4 cawan air
1 s/b pes keladi
pewarna purple
Bahan C
1/2 cawan keladi parut
1/2 cawan air
Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan bahan B dalam 1 bahagian.
4. Masukkan bahan C dalam 1 bahagian.
5. Panaskan kukusan dan lapikkan plastik dalam loyang 8 x 8 inci yg akan digunakan.
6. Masukkan 1 cawan adunan bahan B dan kukus selama 5 minit.
7. Lapiskan 1 cawan adunan bahan C dan kukus semula selama 15 minit.
8. Lapiskan adunan bahan B dan adunan bahan C berselang seli sehingga adunan habis.
9. Sejukkan selama 4 - 5 jam dan potong untuk dihidangkan.
hehehe.... rumah pangsa
4 comments:
waalikumusalam kak gee
aduhhhhhhhhh
tak ada yang failnya pun kak.. kalau lembik lagi ayu suka..
mai sini.. ayu nakkkkkkk sepiring..
wahhhhhhhhhhh cantik2 pulak tu
As'salam Gee
Apa yang fail nya cun dah tu. sedapnya kalau dapat makan sama2 denag Gee ni. mintak lah 2 ketul tu, seketul memnag tak cukup nanti..hehehe
Assalamualaikum Kak Gee...Mana yang failnya kak...ok je nampaknya..sedap tak..? mestikan..Haaaa kalau dah sedap tu kiranya menjadilah tu...Lapis dia pun cantik, sama jeeeeee
Kak gee,
Kalau ada lebih hantar sini, confirm habis punya...
Post a Comment