Wordless Wednesday...boleh gitu...?
Sambal Petai Cili Padi
3 papan petai padi (diambil isinya sahaja)
10-15 biji cili padi } ditumbuk bersama bawang merah dan belacan
segenggam ikan bilis } ditumbuk kasar
2 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
Sedikit belacan
Minyak masak
Garam dan gula
Asam keping
- Panaskan minyak dan masukkan semua bahan yg ditumbuk bersama petai. Kacau sebati.
tambahkan sedikit air. masukkan garam, gula dan asam keping. Biarkan mendidih. - Setelah pecah minyak, masukkan bawang besar yg dimayang bulat dan gaul rata. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng.
3 comments:
As'salam Gee
Selamat pagi yang ceria. Jom kita gembira pagi2 ni ya. hidangan pun dah sedap tu Gee, cuma kalau ct nak makan tu kenalah kuis2 petai letak tepi..hehehe.
mebelesss..mmg mebeless sbb ada petai
kt sini petai frozen ada la k'gee
Menu ni kak cek suka sgt...petai campur ikan bilis...cili api...arghhhh...kechur dah kak cek dibuatnya...:)
Post a Comment