Jamu mata ajelah yer...
Bingka Ubi Lapis
Rujukan : AnnaQawina ~ minta izin C&P resepi di sini yer
Sumber : hasue, kak wattie
Bahan2 yang digunakan:
1 kg ubi kayu disagat ~anggaran lebih kurang 4 cawan hasil sagat
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah & 3 sudu besar gula pasir (kacau dengan 1/4 cawan air panas & tapis) 1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air atau lebih tak kisah sebab lepas tapis air ni dibuang
1 peket santan serbuk(akan di campur terus ke dalam adunan nanti)
sedikit margarine atau butter
beberapa titik pewarna kuning dan coklat
Cara-caranya:
Sagatkan ubi dan campur dengan 1 1/2 - 2 cawan air
Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih
sapukan loyang dengan butter dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah
air tapisan dibuang.....tuang perlahan-lahan untuk sagu yang tinggal melekat liat dilapisan bawah campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk
Masukkan garam dan sepeket santan serbuk & kacau rata
kemudian bahagikan kepada dua bahagian sama banyak
1 bahagian = masukkan gula pasir, dan beberapa titik pewarna kuning
1 bahagian lagi = masukkan bancuhan air gula merah & gula pasir yang sudah sejuk & ditapis & beberapa titik pewarna cokelat
Tuang 1 cawan adunan bewarna kuning ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 7 X 7 inci dan ratakan*untuk hasil yg lbh cantik, letak adunan coklat dulu..
Bakar selama 10 minit
Tuang 1 cawan adunan dari bahagian berwarna cokelat (kuning)pula dan bakar lagi selama 10 minit
ulang proses hingga selesai
sapukan sedikit butter pada lapisan paling atas selepas 10 minit dan terus membakar selama 30 minit atau lebih ...bergantung pada tahap kerak yang anda suka.
Bila dah sejuk....baru cantik dipotong....
10 comments:
As'Salam Gee
Selamat pagi..emmm mana nak cari ubi kayu ni. semalam nak kepasar malam tak jadi sebab hujan lebat selebat2nya. Baru berangan nak buat bingka ubi dan buat ubi rebus..arghhh. Gee buat ct kecur pagi2 ni..perut dah bunyi dah ni... hehehe
salam kak gee..ada lg tk bingka ni? mieza belum mkn lg sbb sibuk kat opis ni..byk kerja..nak sikit nak wat alas perut huhuuu
salam kak gee.....rajinnya melapis kuih bingka tu....dulu arwah ma selalu buat kuih ni sbb peberet dia...
Assalam k Gee... Rindunya, dah lama tak jenguk sini...Nurul pun suka bingka ubi, lagi2 keraknya tu... Bingka ubi lapis ni sure lagi sedapppp... ^__^
salam
nampak sedap betul bingka lapis ni...
tak cukup 1 ni, mesti nak tambah punya..
CT Delima >
hehehe...sedap CT, pestime buat bingka lapis nih...biasa mak yg buat yg gula merah aje... yg ini lagi sedap...ngam la resipi ni dgn delera gee...
Mieza >
ops...sori la Mieza, k.gee buat loyang kecik jer...separuh tggal kat rumah separuh lagi tapaw ke opis...kejap jer dh licin...
Liza >
bukan rajin sgt pon, kebetulan hb beli ubi kayu lebih... asik goreng jer terinign juga nk membingka... heeee
Nurul >
memang conpem sedap Nurul... cubalah...
Qhaifa >
memang sedap...tak rugi mencuba... kak gee mmg suka kuih2 melayu ni...
menariknya bingka ubi berlapis ni...sedapnya kalau dpt rasa ni..lama dah tk buat:)
hari tu masa akak ke melaka nampak ada org jual ubi tepi jln..tapi..sayang sekali dia jual seberang jalan sana..tak dapat nak melintas..kereta laulalang laju sgt...geram betul tgk ubi kayu..
Post a Comment