Thursday, February 9, 2012

Kuih kacang @ rengas @ kasturi


Assalamualaikum... serba tak kena hari ini tak tau kenapa... bangun lewat, sterika rosak, pin baju tercabut, kasut sekolah eqa tertinggal.... dah la tu hp pulak takde bateri.... Ya Allah.... ujian apakah ini.... semoga diri ini diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi segala dugaaa drNya.... aminnn... Apapon bersyukurlah masih diberi kesempatan bersantai-santai di laman blog ku ini.... ahai.... mari sarapan kuih kacang bersama k.gee yer...


KUIH RENGAS @ KUIH KACANG

BAHAN

300g kacang hijau
150g gula
150g kelapa parut
40g tepung gandum
1/2 sdt garam

BAHAN UNTUK KULIT / BATTER

120g tepung beras
60g tepung gandum
1 sdb minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya (ikut suka nak kulit tebal atau nipis)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara 1.Cuci bersih kacang hijau dan rebus hingga betul-betul empuk. Bila dah empuk masukkan gula, kelapa parut, sedikit tepung dan garam. Kacau sebati dan masak hingga kering. 2. Sejukkan. 3. Bentukkan bulat-bulat dan tekan supaya leper sedikit. 4. Buat sehingga habis.  5. Sediakan bahan kulit/batter.  Campur semua bahan dan tambah air secukupnya. 6.Gaul rata. 7.Bila semua dah sedia, panaskan minyak, ambil kacang yg bulat tadi, celup dlm batter dan goreng hingga kekuningan dan garing. 8.Toskan minyak dan boleh dihidang.
 
so...gooood!!

3 comments:

izahdaut said...

tu dia. skali harung mcm2 tak kena ye kak gee..

sukee kuih ni. hubby saya lagii suke

ijayuji said...

Salam kak gee!!! salam winduuuuu!!! kita nak makan ajer boleh tak kak? hihihi... malas betul kita skrg nii nk masak yg bukan2 masak sume utk tekak hb dgn ank2 tekk sendirik mkn ikan mentah jerrrr ehehehe... pernah buat kuih ni sekali sahaja lepas tu dah malas nak buat sbb tak laku, mmg kalau buat kuih2 tak laku sbb nanti yg jd masalah kita sorang ajer yg tukang habiskan, sbb tu lah kita ni bambam bdnnyer, ni dah kurus sikit mkn nak kena jaga, penat betul nk kuruskan bdn huh!

nOOrsha said...

waahh nampak rangup gitu kuih rngas akak nih...kalo saye suke kutip tepung2 rangup tu je..hahaha...inti kacang ijau nye tu sy bg org len makankan..hkihikhikhik...

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015