Salam Rabu semua... nampaknya demam kek batik arora semakin serius.... sudah berjangkit2 dari dapor ke dapor... kalau ikutkan hati ini memang meronta2 nak membuatnya.... tapi apakn daya... minggu ini anak sedang menjalani peperiksaan so aktiviti membaking agak slow sikit... maklumlah kena pantau anak membuat ulangkaji.... sebagai ibu bapa itulah tanggungjawab kita kepada anak2... selain daripada menyediakan makan minum dan kelengkapan harian, belaian kasih sayang amat penting sebagai juadah rohani kepada mereka... sentiasalah kita berdoa semoga anak2 kita menjadi anak yang soleh dan solehah.... amin...
Mari kita ke dapor pulak... hari ini juadah penyaman tekak... agar-agar dwi rasa dari dapor k.gee.... sebenarnya ini menu biasa2 saja... agar-agar nenas digandingkan dengan agar2 prune... buatnya pon mudah...
AGAR-AGAR DWI RASA
Bahan-bahan ( Bahagian Atas)
1 tin nenas kiub bersama sirapnya
1 liter air
1/2 cawan gula
1 paket agar ( 10 gm )
Cara-cara 1.Agar-agar dimasak dengan air dan gula sehingga hancur. 2.Masukkan nenas kiub bersaam sirapnya. 3. Biarkan mendidih dan tuang ke dalam acuan dan sejukkan. 4. Bila sudah beku lorek2kan permukaan atasnya.
Bahan-bahan ( Bahagian bawah)
1 paket agar ( 10 gm )
1 tin susu cair
1 liter air
2 biji telor
20 biji prune tanpa biji (kisar)
1 cawan gula
Cara-cara 1.Agar-agar dimasak dengan air dan gula sehingga hancur. 2.Sementara itu blendkan susu cair, telor dan buah prune sehingga hancur dan masukkan ke masukan ke dalam agar2 tadi. 3. Masak lagi sehingga mendidih dengan senantiasa mengacau pelahan-lahan. 4. Tuang ke dalam acuan agar2 nenas tadi dan sejukkan.
nyum..nyum...
5 comments:
hishh ni memang betul menyaman kan tekak ni..
Yati Ali >
ermmm sedap yati, cubalah....
nyamannya tengokkk...
lama dah mas tak buat agar2....
sedap nampaknya gee..rasa nak ambil aje seketul kat atas tu ha..
As'salam Gee
Dah petang baru sempat datang, ramai yang dah sampai rasanya ct punya tinggal baki2lah ya..hehehe
cunnya Gee, kena pulak warna tu berseri2, memang sedaplah dapat makan sejuk2 ni kan :)
Post a Comment