Friday, February 3, 2012

Pulut serunding kelapa


Salam Jumaat semua....melangkah lagi ke hari yg penuh keberkatan... mari kita panjatkan doa semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari-hari sebelumnya... dan semoga apa jua yg kita lakukan mendapat redha dr Allah... aminnn



PULUT SERUNDING KELAPA
Resipi : Chef hanieliza

Bahan
2 cawan beras pulut [basuh dan toskan]
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
garam

Cara

1. Masukkan semua bahan dalam loyang.
2. Letakkan loyang dalam kukusan.
3. Masakkan sehingga pulut sebati dengan santan.
4. Bila dah masak gaulkan pulut supaya santan serata.
5. Hidangkan dengan serunding kelapa muda.
 

SERUNDING KELAPA

Bahan:

1/2 biji kelapa parut muda
2 helai daun kunyit mayang
100 gm udang segar kecil

Bahan Mesin

10 tangkai cili kering
1 s/k jintan manis
3 batang serai
5 ulas bawang merah
2 s/b udang kering
3 cm kunyit hidup
3 s/b minyak masak
garam
gula

Cara:

1. Panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin hingga wangi.
2. Masukkan kelapa parut, udang dan sedikit garam. Kacau hingga sebati.
3. Bila nampak kering taburkan hirisan daun kunyit dan sedikit gula. Kacau rata
4. Masukkan dalam pinggan dan sejukkan.


Sudi-sudikan lah... sorang secubit...

6 comments:

ady said...

AS-SALAM

TAK PERNAH BUAT pULUT serunding kelapa ni..npk berselera....

Gee® said...

Ady >
kalau di Pantai Timur memang jd menu bf yg wajib...

Juwita Jamaludin said...

SAlan kak.. Comelnya bentuk nya.. Bunga2 .. Sedap je maduk mulut..:)

Gee® said...

Ita >
yelah ita... terlebih rajin la tu...heeeee

nOOrsha said...

sedapnyaa!! saya suka pulut serunding ni.. syok makan..nak2 kalau serunding kelapanya tu pedas2... hehehe

izahdaut said...

telan air liur saya tengok pulut kak ni. sehari dua ni rasa nak memulut je. tapi sik lupa je nak beli pulut. akakkkk nak sikit. akak diet ke ni ek? akakkaa..

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015