Salam siaran di hujung minggu dalam suasana nyaman dan tenang di kampong... amboiii!! dok di kampung tapi selera western yer.... ini namanya tekak antarabangsa.... hahahaha.... Resipi pie ni k.gee buat ikut selera tekak k.gee dan hb yg memang hantu pedas... jadi intinya k.gee olah style inti karipap aje... boleh gitu... heeee... jom layannnn
SHEPHERD'S PIE
Bahan-bahan
Lapisan Atas
1kg kentang - rebus hingga masak dan lecek
Garam
Lada hitam
2 sudu besar butter
Cara : Masukkan semua bahan dalam bekas dan gaul rata.
Bahan Inti
1/2 kg ayam - buang tulangnya dan potong dadu
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 sudu rempah kari
2 biji bawang holland - potong dadu
1 batang karot - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
Daun sup/daun bawang - mayang halus
Mozarella cheese
Cara-cara:
1. Goreng bawang besar dan bawang putih sampai agak layu. Masukkan rempah kari dan sedikit air.
2. Masukkan daging ayam yg dipotong dadu. Kacau rata dan biarkan hampir kering
3. Masukkan karot dan tomato. .
4. Tambah garam dan gula.
5. Masak sampai jadi agak pekat dan agak kering. Tabur daun sup/daun bawang.
6. Masukkan ke dlm bekas aluminium dan ratakan
7. Letak kentang lecek tadi di atasnya, ratakan.
8. Tabur dengan cheese parut jika suka.
9. Masukkan dlm oven dan bakar dalam 180c selama 10-15 minit.
Taraaa.... shepherd's pie citarasa kak gee....
4 comments:
memang sesu'ai dengan tekak melayu..
Bunyik orang putih tapi selera melayu kan kak gee.. well done kak.
Wah, shepperd pie dgn kari! Tentu sedap ni Gee.
tak pernah makan tp nampak sedapnya terliur teman..
Post a Comment