Tuesday, January 15, 2013

Apam Perlis ala Wendy


Assalamualaikum... Cak..!! Selamat pagi Selasa dan salam rindu semua... Beberapa hari tak bersiaran termimpi-mimpi menu dari dapor kengkawan... Apa khabar yer anda di sana? Moga semuanya sihat dan ceria ceria selalu... seceria bunga bunga yang berkembang di tepi halaman... la la la la la


Hari ini k.gee nak kongsikan resepi kuih berbunga-bunga dari Dapor Wendyinkk... namanya kuih Apam Perlis @ kuih lipat @ kuih tangkup... Kuih ini nampak simple, mudah dan menyelerakan....  cantik pulak tu... cuma k.gee ubahsuai sikit intinya sebab inti kuih badak berendam k.gee ituhari ada berbaki lagi...  resepi asalnya berinti kastad tapi k.gee derhaka siki dengan inti kelapa... heheeeee minta izin yer tuan punya resepi... terima kasih...



KUIH APAM PERLIS @ KUIH LIPAT/TANGKUP
Cetusan idea : Wendyinkk
Resepi : Mamawandiha, Kak Rusnah

Bahan Kulitnya:


2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder (ku memandai tambah)
1/2 s/k soda bikarbonat (tambah gak)
1 biji telur (ini pun sama pepandai tambah)
sedikit pewarna kuning (ku tambah jugak)

Cara2 menyediakan:

Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. MaDiHaA guna kuali non stick yg bersaiz kecil. setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya.

Bahan inti:

2 biji telur
2 cwn santan
3/4 cwn gula
2 camb tep kastard
2 camb tep jagung (Tambah sendiri)
daun pandan
secubit garam
sedikit pewarna hijau (Tambah gak ni)

Cara2 menyediakannya

Campur kesemua bahan kecuali daun pandan hingga rata. Tapiskan ke dalam kuali & masukkan daun pandan. Kacau dengan api sederhana hingga pekat angkat n sejuk sebelum d masukan kedlm kuih tangkup.


Ermmm... berbunga-bunga....
yummy!!


5 comments:

hazila said...

Saya pun tenringin nak buat kuih ni.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kuih ni mmg sedap.. kesedapannya bergantung pada inti yang kita sediakan.. t.kasih sudi mencuba...

zila norazila said...

salam syg kak gee,
zila x pernah mkn n buat lagi..teruja pulak tgok nie..mesti sedap kan kak..

Amie said...

ooohhhh sangat comel apam perlis ni!

AZLINA said...

Assalamualaikum Gee, ala comei2 sgt..tengok pun dah tau mesti sedap nie :))