Tuesday, January 1, 2013

Kuih bom pembuka tirai...


Selamat Tahun Baru 2013... !! Apa khabar semua...? Pastinya sedang bersenang lenang di rumah kan... ? Mana ada senang lenang... sedang bersedih tau... anak2 sudah kembali ke asrama... rumah kembali sunyi sepi... alahai


Jangan lah bersedih yer... Apa kata cuti cuti begini kita main golek2... nak?! main golek2 dengan si budak hitam... hehehe... Hari ini k.gee sajikan budak hitam untuk anda semua... ops.hitam-hitam si tampuk manggis, sungguhpun hitam dimakan manis tau.... inilah dia kuih bom hitam manis sebagai pembuka tirai 2013... jemput semua... !


Kuih Bom Pulut Hitam

Bahan-bahan

1 cawan tepung pulut hitam
2 cawan tepung pulut biasa
1/2 sudu teh garam halus
1 1/2 cawan air
Bijan secukupnya

Inti kelapa

1 biji kelapa yg agak muda
1/2 cawan gula
1/2 cawan gula merah
1 sudu tepung gandum
Sehelai daun pandan

Cara buat inti : Masukkan semua bahan ke dlm kuali dan dan masak hingga agak kering dan kental. Bila sudah agak kering tambahkan tepung gandum dan gaul rata.  Angkat dan sejukkan

Cara-cara :

1. Gaulkan semua bahan kecuali bijan hingga sebati dan menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.

2. Ambil satu sudu besar adunan dan gentel bulat seperti membuat buah melaka. Letakkan inti kacang merah atau inti kelapa di tengahnya dan bentukkan bulat.

3. Golek dengan bijan dan goreng terendam dalam minyak yang banyak dengan api yang perlahan. Balik-balikkan hingga masak.

Bukan hitam sebarang hitam you...
sedapppp...!!

6 comments:

Cheq Sue said...

bagus resepi ni kak gee, saya ada stok tepung pulut hitam, dok pk nak buat apa, nanti nak cuba buat jugak la

Rohah said...

unik sekali dipandang..enak tu guna tepung pulut hitam..

zila norazila said...

tpg pulut hitam ada sepeket kak klu rajin leh godeh nie..he he

dapurCikWan said...

wah si hitam manis... meletopp =) selamat tahun baru kak =*

mama sara nur said...

selamat thn baru k.gee
sedapnye kuih bom berbijan..he he suker-suker
tp tak penah rasa selain yg ubi atau tepung pulut, mesti sedap kan
baling bom tu sini boleh k.gee he hee

HomeKreation said...

Slmt Thn Baru! Kebetulan pula tadi terbayang2 nak mkn kuih ni tp nak buat tak larat sbb kepala pening!