Thursday, January 10, 2013

Ayam masak lemak cili padi


Assalamualaikum dan salam ceria selalu... Nak update apa hari ini pon macam tak ada mood saje dan idea pun tak muncul2... Daripada malam semalam lagi dok berkira2 nak mengarang cerita apa... sudahnya sampai tertidur... Terus saje lah ke menu yang sudah lama k.gee masak ini... menu biasa2 dan memang selalu buat... Ayam masak lemak cili padi...  orang kata kalau ayam kampung atau ayam dara lagi sedap masak lemak macam ini...  buat pedas2 dan pekat sikit...  lepas tu kalau ada baki esoknya buat cicah lempeng nyior... ermmm.... yummy!!



AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahan :-

1 ekor ayam - dipotong kecil
1 mangkuk santan
2 biji kentang - dipotong berbaji
2 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugor
Sehelai daun kunyit - mayang halus
garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan kisar :

10-15 biji cili padi
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara :-

1. Panaskan periuk dan tumis bahan2 kisar hingga bangkit baunya.  Masukkan ayam dan serai dan gaul sebati.  Biarkan sebentar hingga ayam kecut dan empuk. 
2. Kemudian masukkan santan dan kentang dan biar sehingga mendidih.  Biarkan api sederhana dan sentiasa dikacau
3. Akhir sekali masukkan garam, gula dan asam gelugor. Masak selama 5 - 6 minit lagi dan kemudian bolehlah ditutup api.   Kalau suka boleh taburkan daun kunyit yang sudah dimayang halus dan sedia dihidangkan.



Sudi-sudikan lah...



1 comment:

tun_telani said...

Salam kak gee.. tun suka ayam masak lemak ni.. jarang2 buat sbb terasa bersalah bila makan dgn byknyer..hihi