Saturday, January 26, 2013

Kek pisang vs kopi-o


Salam hujung minggu... Terus saje terjah ke dapor gee-hut hari ini...  wah! kek pisang bersama kopi-o sudah terhidang nampaknya... apalagi...! jom kita sama-sama nikmatinya.... mulakan dengan bismillah... semoga rezeki yang dikurniakan Allah ini diberkati dan dijauhi dari seksaan api neraka... amin


Sedap rupanya minum kopi-o kaw ni yer... Terang biji mata kejap... Oooo patutlah orang kata kopi-o boleh hilangkan mengantuk... hehehe... k.gee jarang minum kopi sebenarnya sebab bukan minuman favourite tapi bila minum sekali sekala ni sedap juga... ditambah pulak dengan keenakan kek pisang tu... memang ngam lah !!




KEK PISANG

Bahan-bahan:

4 biji pisang emas (dilenyek dan campurkan garam)
1 cawan gula (boleh kurangkan jika tak suka manis)
1 cawan minyak masak
4 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum  (diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan susu
1 sudu teh esen vanilla/ esen pisang
Secubit garam

Cara-caranya:

1. Kisarkan gula bersama telur hungga kembang dan putih.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Kemudian masukkan pula pisang yg telah dilenyek, esen, minyak dan susu. Gaul sebati.
4. Masukkan campuran tepung. Kacau rata .
5. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven 175 darjah celcius selama 45 minit atau hingga keperangan.



Salam hujung minggu semua...



9 comments:

mama sara nur said...

assalamualaikum
ada tetamu ni he he sedap kalau tetamu dihidang kek pisang dan kopi o tu kan kak gee
emmmm tak cukup tau sepotong

Yatie said...

sedap tu kek pisang, makan yg hangat2 dngn secawan kopi O mmng best..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Gee..saya paling suka minum kopi O especially kat rumah tok...kopi yang to buatkan kawwwww habis

hazila said...

Sesekali pekena kopi o memang terangkat kak. Saya pun jarang minum kopi tapi sesekali memang teringin nak rasa.

norhanim md zain said...

kek pisang always be my favourite..suka lebih lebih kalau diletak coklat chip and hazelnut...:o)

Mieza said...

Kak gee...beshnyer kek pisang ni..gebu sgt! Mieza mmg suka kek pisang..kena cua ni resepi ni..tempting!

Mieza said...

Kak gee...beshnyer kek pisang ni..gebu sgt! Mieza mmg suka kek pisang..kena cua ni resepi ni..tempting!

Mieza said...

Kak gee...beshnyer kek pisang ni..gebu sgt! Mieza mmg suka kek pisang..kena cua ni resepi ni..tempting!

Rohah said...

gandingan yang sedap ...