Sunday, January 20, 2013

Nasi himpit kuah kacang


Assalamualaikum dan salam pagi minggu.... Apa rancangan di hari cuti ini yer? Kami lepak di rumah saje sebab cuaca di luar sana hujan mencurah-curah.... Mulalah malas nak bergerak ke mana-mana... Selepas hantar Along, anak bujang k.gee ke pusat equestrian pagi tadi terus guling-giuling depan TV sambil layan tv al hijrah....  


Sudah sarapan ke? Marilah jamu selera bersama k.gee dengan nasi himpit kuah kacang.... nasi himpit tu sebenarnya ketupat segera Nona... malam tadi k.gee rebus dan pagi ini selepas solat subuh baru buat kuah kacang... Bercerita pasal kuah kacang ini ada banyak stail rupanya... ada yang goreng kacang tanpa minyak dan ada yg goreng berminyak...ada yang kuah kacangnya bersantan, ada yag berdaging dan macam2 stail lagi... apapon semuanya ikut selera dan citarasa masing-masing lah kan... apa yang penting kita sediakan masakan untuk keluarga dengan kasih sayang... juadah jadi sedap dan keluarga bertambah bahagia... kan? 



K.gee guna resepi kuah kacang Dayang Jack... sedapppp!
 
RESEPI KUAH KACANG
Sumber : Dayang Jack
bahan-bahan:

400g kacang tanah goreng (dikisar kasar)
1 labu bawang besar (dikisar)
4 biji bawang merah (dikisar)
1 inci lengkuas (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
1-2 senduk cili giling cap Aminah (k.gee guna cili bleder sendiri)
gula melaka secukupnya
garam dan sedikit gula pasir

Cara-cara :

Panaskan minyak masak sayuran secukupnya di dlm periuk/kuali. Tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi. Masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. (lebihkan sedikit minyak masak supaya kuahnya nampak cantik).

Masukkan kacang tanah dan air secukupnya secara berselang seli dan kacau perlahan-lahan. Gunakan api perlahan shj.

Setelah kuahnya mendidih, masukkan gula melaka dan sedikit garam. Kemudian perasakan pula dengan gula pasir sehingga betul-betul menepati selera.

Masak lama sedikit dgn api kecil sehingga keluar minyaknya. Barulah nampak cantik dan lebih sedap.

Setelah masak, bolehlah dihidangkan dengan nasi impit, satay atau roti kosong. Sedap!



Mekacih Dayang Jack... rindu kamu....

5 comments:

Rohah said...

kiut tekapan nasi impit yg munga2 tu..kreatif..ni kes rajin ni kak buat nasi impit..sedap err buat sarapan..

Cik Kamoo said...

cantik2 nasi impit...siap bunga2 lagi

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Gee, wah nasi impit bunga-bunga lagi la banyak makannya.

Amie said...

Adeeehhh... dengan sabarnya menanti bunga2 nasi himpit terhidang... sebenarnya tak sabar nak cicah kuah kacang tu aedeeeedeehhh...sedapnya!

umi's cup cake said...

Sedapnya nasi impit dan kuah kacang tu..ish umi kalau makan untuk sarapan..tak cukup sikit...emmm, ada lagi ke kak gee?