Monday, January 7, 2013

La la la la... legaaaa


La la la la la... legaaaa sesangat.... nak tahu kenapa? Sebelum tu k.gee nak ucapkan terima kasih yg tak terhingga kepada Nur NBA yang secara tidak langsung membantu k.gee menyelesaikan masalah yg k.gee hadapi... siap dengan tutorial sekali... TQ very very very much...

Hehehe... masalahnya bukanlah besar sangat cuma k.gee tak boleh upload pic ke dalam blog saje... almaklumlah... blog kan sebahagian daripada 'nyawa' k.gee... bila tak dapat update jer mulalah resah gelisah... padahal menu2 tayangan tu bukan nya special sangat pon... syiok sendiri aje... hehehehe perasan kan?


Syukur alhamdulillah kerana dipertemukan dengan insan2 yg berhati mulia di dunia blogging ini... sudi berkongsi resepi, menu, petua dan ilmu walaupun perkenalan hanya di alam maya saje... semoga segala jasa baik dan keluhuran budi anda sekalian diberi pahala dan ganjaran oleh Allah... muaaahs !! sayang semua...


Menu suka hati k.gee hari ini... lala goreng daun bawang... menu minggu lepas dah ni... sudi2 kan lah yer...


LALA GORENG DAUN BAWANG

Bahan-bahan:


1 kg lala
1 labu bawang besar - dipotong bulat
4 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
4 biji cili padi dan cili merah - dipotong/hiris nipis
1 batang serai - diketuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 ikat daun bawang - potong2 lebih kurang 1 inci
garam secukup rasa
1 kiub ayam maggie
minyak utk menumis

Cara membuat:

Lala dicuci hingga bersih.
Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih, cili padi dan serai.
Apabila naik bau masukkan sos tiram, sos tomato dan lala.
Tambahkan garam, kiub maggie dan taburkan bawang besar potong.  Kacau rata.
Tutup api, taburkan daun bawang.  Sedia dihidangkan panas2.


La la la la laaaaa...


3 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Lala ni memang sedap.. tapi tu la isi cinonet sangat tak puas nak makan ehe :))

asyifamustaffa said...

Sedap plk nmpk lala tghari ni.....

zila norazila said...

alhamdulillah selamat sudah semuanya kak gee..mmg ramai org yg brhati mulia kan kak..lala nie kiranya pgubat hati akk nie..klu zila ratah jew kak..sedap nie:)

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015