Thursday, January 3, 2013

Layan puding strawberry


Selamat pagi semua... marilah kita layan puding strawberry sambil sambil sejukkan hati...ops! sejukkan tekak laaa...


Puding ini sudah lama k.gee buat, sejak balik bercuti dari Cameron Highlands itu hari... cuma tak sempat nak masukkan n3... lagipun pic kabur... maklumlah mokcik dah tua nakk!!! mata pon sudah rabun... tangan lagi lah terketar2... nak boleh masukkan n3 ngadap lappy dekat 3jam... dongak sana dongak sini dok cari idea... entahlah... tapi dek kerana chenta punya pasal tak ada idea pon main hantam aje corat coret cerita dongeng... hahahaha... jangan marah aaarrr... gotcha!



PUDING STRAWBERRY
Resipi : nurnieza
Adaptasi dari resepi puding susu pandan oleh Gert dan yg telah dikongsikan bersama oleh Kak Yatie

Bahan :

•600 ml air
•120 gram gula pasir
•10 gram serbuk agar agar
•300 ml susu segar
•300 ml santan
•beberapa titik esen strawberry/ pewarna merah atau pink


Cara membuatnya :

1.Satukan serbuk agar2, air dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.

2.Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2.

3.Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen strawberry dan pewarna merah/pink, selebihnya biarkan warna asal.

4.Tuang adunan strawberry ke bekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer.

5.Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding strawberry tadi .

6.Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan ketika sejuk.

**Sementara menunggu adunan strawberry beku di dalam acuan, adunan putih/asal akan kelihatan sedikit beku, jadi panaskan di atas api kecil dan kacau sebati...setelah adunan strawberry beku,bolehlah tuang adunan putih/asal ke atas permukaan adunan strawberry tadi. Selamat mencuba.




4 comments:

hazila said...

Bestnya kak gee. Rasa macam nak hulur piring kosong je ni...

Liza said...

kalau dpt sepirng utk minum ptg ni pun sodap jugak....hihihii

Qasey Honey said...

slmt thn baru kak G...

nk sikit kak...nmpk mcm byk lg aje tu...sedapnya

zila norazila said...

salam syg kak gee,
mmg sesuai makan sejuk2 nie..dh lama tekak teringin mkn puding2 tp tu la kan..malas memanjang kak:)