Thursday, January 31, 2013

Ikan siakap fresh lagi...


Salam sayang semua.... Sedapnya dapat makan ikan fresh kan... dari kolam terus terjun ke kuali... (ops! cucilah dulu yer...) teksturnya lembut, lemak dan manis isinya... pendek kata memang puas hatilah... sedap..sedap..sedap...! tambah2 pulak harganya lebih murah... fuuuuhhh!!! 3 ekor ikan siakap kami 4 beranak meratah semalam...  seekor k.gee kukus tomyam, seekor lagi goreng berlada dan yang seekor lagi k.gee bakar bodo jer cicah kicap lada... berpeluh-peluh dahi memasing... huh! rasa nak terlentang kekenyangan....  


Hari ini kita layan siakap goreng berlada yer... inspirasi resipi dari QH dan CMG dengan sedikit derhaka ikut citarasa dan stok bahan yang ada di dapor k.gee... Minta izin angkut resepinya balik rumah yer...




IKAN SIAKAP GORENG BERLADA

Inspirasi dari : Qaseh Honey
Resepi Asal: Ikan Tongkol Goreng Berlada CMG

Bahan-bahannya :-)

1 ekor ikan tongkol bersaiz sederhana. potong sederhana tebal, cuci bersih dan toskan* - QH guna ikan siakap
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
3 biji cili merah
3 ulas bawang putih (k.gee tak letak)
1 biji bawang besar
2 biji buah keras (k.gee tak letak)
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa (k.gee gantikan gula dengan sos tiram)
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan


Cara membuatnya :-)

Goreng ikan tadi, tapi jangan garing sangat, biar embal2 sahaja (lembap2), tapi pastikan ikan masak. Angkat dan toskan. (k.gee goreng garing2 sebab suka krap krup...)

Tumbuk hancur cili merah, bawang putih, bawang besar dan buah keras tadi (QH kisarkan saje bahan2 ni). Ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga harum. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga pekat.

Masukkan ikan goreng dan gaul rata2. Tuang jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap. Rasa, dan jika ok boleh matikan api.

Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.



Kalau memang hantu pedas boleh try cili mexico dr cameron highlands ini... cili paling pedas di dunia taw!! compem berasap telingaa... !!!


10 comments:

INA said...

ikan faveret saya nie..dap2

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Waahhhh besnya! Sedap betul nampak sauce dia ;)

Marsita yahya said...

Kak Gee ni...lapar tau...

Rohah said...

perut saya mmg tgh berkeroncong ni kak..nasib baik sajian tghari dah siap...leleh tgk ikan akak..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Aduh tengok tengahari ni.. perut pun dah lapor lah pulak... sedapnya Gee ikan goreng berlado ni :D

K.Nor said...

rasanya k.nor ada cili ni.. sister k.nor bg 3 bj baru2 ni masa dia balik ganu... dia amik kat rumah sapa ntah semata2 nak bg k.nor utk tanam.. dah semai pun 2 hari lepas.. pedas ek..

Zaliedana said...

assalam kak gee,nmpk sdp ikn tuh berposing,grng berlada mkn ngan nasi putih pnas mmg syiok kan..Wah 3ekor ikn mkn 4org,ermm nih mmg peminat fanatik ikn siakap yer kak..

Waney Zainuddin said...

berpeluh2 tgk gambar ikan siakap ni. sedapnyer :D
Kisah Ibu Pencen Muda

Suzana Ibrahim said...

As salam Gee,blog awak sungguh menarik untuk di tengok dan saya terus follow..harap Gee sudi jadi kawan saya pula kat-suzanazamri.blogspot

Nasuha said...

ni mesti sedap..