Assalamualaikum....sudah masuk ke dapor ke? apalah juadah iftar hari ini yer? nasi minyak ke nasi briyani ke nasi ketumbar ke nasi kuning ke nasi ayam ke.... letih woo kalau nk sebut semua nasi2 perisa yg sedap2 belaka tu... karang ada pulak yg meleleh air liur nya... uish!! sabor saborrrr.....
hari ini dapor akak tak berasap sebab ada jamuan berbuka puasa di pejabat... makan preee... tapi akak nak tayang juga dessert yang simple juadah iftar semalam iaitu agar-agar cendol. cuaca panas terik begini memang sedap kalau dapat makan yg sejuk2 kan... nyaman aje tekak tu sampai tak sedar akak dh fulun agar2 sampai sepinggan... punyalah sedap.... ahai....siapa lagi nak puji kan....
Resipi agar-agar ini sangat simple.... akak buat lebih sikit sebab nak sedekahkan ke surau.... buat amal jariah sikit.... hihihi
Agar-agar cendol
Bahan2:
10 gm agar-agar
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1 cawan santan pekat
Sehelai daun pandan
Sedikit garam
Cara: rebus agar-agar dengan air hingga hancur. jangan lupa masukkan daun pandan. kemudian tambahkan gula dan santan. biarkan mendidih seketika. tutup api dan bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dimasukkan gula merah dan 1 bahagian lagi dimasukkan cendol dan sedikit garam. kacau rata dan sebati. tuang ke dlm acuan satu persatu. pastikan bahagian bawah beku dahulu baru tuang bahagian kedua. sejukkan.
4 comments:
comey betul agar2 cendol tu..gerenti sedap ni! :)
comelnya..kiut miut gitu.. trasa2 je kat tekak ni. sepanjang pose ni blum pekena cendol lagi ni
salam kak gee.. lawanya puding cendol tu.. lamanya tak makan nak buat kena ada cendol.. huhuhu nak buat cendol bercinta plak
gee, mintak seketui. comel ar..
Post a Comment