Salam Jumaat dan Salam 5 Ramadhan...
duhai Ilahi….
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi…
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti...
Salam sayang buat teman2 sekalian... doa buat kalian semoga apa jua yg dilakukan sentiasa mendapat redha dan keberkatan dari Allah jua... Hari ini akak sajikan kuih melayu tradisional ~ lepat pisang untuk santapan berbuka puasa...haip!! bukan sarapan pagi arr...
Lepat Pisang
Bahan-bahan:)
10 keping daun pisang dipotong segiempat sama
4 biji pisang yg dilenyek halus
70 gm tpg gandum
1 cawan kelapa parut
secubit garam
Cara-cara :)
1.layurkan daun pisang di atas api seketika.
2.Di dlam mangkuk satukan pisang yg sudah dilenyek, tpg gandum, gula, garam dan sedikit kelapa parut. Tnggalkan sedikit kelapa untuk intinya.. Kacau sebati.
3.Ambil satu sudu besar adunan dan letak atas daun pisang dan sudukan 1 sudu kecil inti kelapa di tengahnya.
4. Lipat daun dengan kemas.
5. Sementara itu panaskan pengukus dan kukus lepat selama 15 - 20 minit.
6. Sejukkan dan boleh dihidangkan.
1 comment:
kak Gee... sedap ayat atas sekali tu.. syahdu menusuk hidung.. yang menusuk hidung tu lepat niha... tak leh bau kalau lepat gini.. mendatagkan napsu makan berlebihan.. hehe... nampak lembik2 gitu.. haii feberet my en suami ni..
Post a Comment