Lirik Lagu Dari Kerana Mata - R Azmi
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata
Dari mata terbitnya asmara
Senyumanmu menikam jiwa
Renungan mesra menjelma segera
Aku tertawan memendam rasa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata
Dari mata terbitnya asmara
Senyumanmu menikam jiwa
Renungan mesra menjelma segera
Aku tertawan memendam rasa
Haaa...tu dia!! pepagi lagi k.gee sudah pasang lagu retro macam Radio Sinar walaupun k.gee bukanlah peminat Radio Sinar.... heeee.... tapi lagu ini adalah rentetan daripada mataku ini yang terpesona menatap nasi hujan panas si CT Delima tu lah.... sampai dekat 10 kali dok telan air lior... naik kembong perut ni... mata pon dah naik juling asyik belek2 kat nasi yg jelita tu... adoyai Ct Ct....
Tapi kenapa nasi hujan panas k.gee ni kaler pink.... ops sori yer.... k.gee tak buat nasi hujan panas sebab tak cukup bahan... jadi nasi minyak sempoi jer... kaler pink tu pulak sengaja biar nampak feminin kan.... ahaks!
Nasi minyak ini k.gee gandingkan dengan kari ayam kampong dan acar timun... kira sehati sejiwa la tu... ok mari kita tengok resipinya...
NASI MINYAK SEMPOi...gaya gee-hut
Bahan:
1 mangkuk beras basmathi
1 sudu besar butter
1 sudu besar minyak masak
Sehelai daun pandan ( disimpul )
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 labu bawang besar (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
4 kuntum bunga cengkih
Sebatang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 cawan beras
3 cawan air
Garam secukup rasa
Warna pink
Cara:
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga kuning. Masukkan daun pandan, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Biarkan sebentar.
Masukkan beras, air, garam dan warna pink. Kacau kemudian ditutup dan biarkan kering dan hingga nasi masak. Hidangkan dengan kari ayam dan acar timun.
10 comments:
Salam kak gee,
baru nak tanya kenapa nasi minyak kaler pink... kreatif gitu.
Zila >
weeee....bukan kreatip sangat pon saje suka main kaler maler....
as-salam
sungguh menyelerakan nasi hujan panas tu..warna yg cantik dan menarik..
Assalam Gee, owh MIL org Lurah Bilut gak eh...duk belah rombongan mana? Tokwan akak tu area rombongan Penang, rumah masuk lorong setentang dpn masjid tuh...org sana panggil Tok Man Teloqq, isterinya Tok Embun...
Btw, nasi minyak tu nampak lg berselera duk dlm bekas kecik comeii tuh...aritu ada akak tgk kat Pantry Magic, tp harga fullamak satu set dgn tutup tu RM45 sebijik...adeeei..tahan2 sabar dulu, sambar SM la dulu..hehe
Ady >
sekali sekala ubah selera, seap juga kan... mailah makan
Ummi >
MIL dok rombongan Raub, org Bilut panggil makngah Seripah, arwah pak mertua org panggil Aki Tapa (Mustaffa Osman). Dulu ada kedai runcit depan rumah skrg dh tutup.
Ops..bekas tu gee beli kat Carefour ECM, murah jer...
As'salam Gee
Ni dah kerana matalah ni dok mengendap dapur Gee petang2 hari. Terpesona dengan nasi kaler pink tangkap jiwang dah I like pink too..hehehe
Gee..maaflah buat mata tu tak keruan ya, bukan sengaja nak kasi habis nasi hujan panas tu, tapi memang tak cukup masa mask tu semua anak2 ada jadi nasi banyak macam sikitlah pulak..hehehe.
salam kak gee..cantikla set mangkuk ni.. suke!! :)
nasi minyak ujan panas ni pun bes..gandingkan ngan kari ayam lagi..aduhh..punah diet..ahakz!~
Gee, looohhh akak kenal sgt la Pakcik Mustafa tuh...adeeeii, ada kena mengena gak dengan suami anak sedara akak...pastu masa kedai tu buka, mmg selalu pi beli sayur ikan kedai tu la...alahaaaiii. Pastu balik singgah rumah maklong Wancik (yg anaknya Ralia, Sharizah, Mektet, Munirah semua tu) kat lorong menghala balik rumah Tokwan tu...adeii.. Now kalau balik, duk pegi kedai Wan Midah belakang masjid tu jek laa...hehe
Gee duk Kuantan, area mana ni? ^__^
Ummi >
Lorrr...sedara mara rupanya kita yer... gee dok kat Kempadang Perdana, ofis Kompleks Dagangan mahkota.... bolehlah kita dating nanti yer k.ummi... sukanya, bolehlah menuntut ilmu memasak dgn k.ummi... ahai
Post a Comment