Sunday, January 1, 2012

Roti kismis yogurt... welcome 2012


Jari-jariku sakit semua..
Kerna bekerja hari-hari..

hehehe... dah lama tak bersiaran...
salam rindu semua....


Banyak aktiviti di hujung tahun... nak perabih bajet beb...
Untung2 tahun baru ini dapat lebih lagi bajet...
bolehlah kak gee naik pangkat... heee...
tabik bos!!  


Kak gee buka tirai 2012 dengan roti kismis yogurt resipi dak ijah mapin tu... terima kasih dik... sedap sungguh roti ni... lembut, gebu dan walla..... best!! Izinkan kak gee tepek resipi roti sedap ini di sini pulak yer...

ROTI KISMIS YOGURT
Rujukan : izah daut

Bahan-bahannya(anggaran 17 ketul)

*izah dapat 16 ketul
300gm tepung gandum protein tinggi (tepung roti)
100gm tepung gandum protein sederhana (tepung gandum biasa)
20gm susu tepung
75gm gula pasir
8 gm yis segera
1 biji telur, pukul ringan
50gm yogurt
150ml air sejuk
75gm marjerin
1 sudu teh garam
50gm kismis, potong dua, celur dan toskan (akak just rendamkan sebentar dalam air panas dan toskan. Lap sikit dgn kitchen towel)

*izah tak letak kismis

Bahan sapuan:

2 sudu makan susu sejat (sy guna susu pekat)

Cara membuatnya:

Campurkan tepung roti, tepung gandum, susu tepung, gula pasir dan yis segera. Kacau rata.

Masukkan telur, yogurt dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Masukkan majerin dan garam. Uli lagi sehingga elastik. Biarkan doh rehat selama 30 minit. (*akak just masukkan dalam Bread Machine dan tunggu hingga proses ulian siap)

Kempiskan adunan. Masukkan kismis. Uli sehingga merata

Susun adunan, setiap adunan seberat 50gm. Bentukkan bulat-bulat dan biarkan selama 10 minit.

Canai adunan memanjang dan gulung.

Letakkan didalam cawan kertas yang memanjang. Biarkan selama 70 minit sehingga kembang.

Sapukan susu sejat.

Bakar selama 12 minit dengan suhu ketuhar 190C sehingga masak.
 
 
SELAMAT TAHUN BARU 2012...

3 comments:

Unknown said...

selamat tahun baru kak Gee
wow.. tahun baru ayu sampai sini dengan hidangan roti nan gebu..
cantik dan nampak nyami

nak sikit buat sarapan ya.. heheh

Gee® said...

aYU >
Selamat tahun baru 2012 ayu... semoga semua impian ayu terlaksana... terutama nk kuruskan cik abg tu... heeee

izahdaut said...

kak geeeeeeee..
saya sukeeeee sangat tengok roti yang kedut2 gitu. kalau kedut2 gitu maknanya roti tu mmg sangat2 gebu kan. tapi roti ni mmg feberet saya. best lembut gebu..

ni resepi dari majlah kan. apa apa pun tq kak sudi menerai resepi dari blog syaa tu. dan slamat tahun baruuu

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015