Friday, January 27, 2012

Singgang daging


Malam ini layan singgang daging saja... badan terasa letih dan mata mulalah mengantuk...  Selamat malam semua, beta nak masuk beradu yer... Tata!!

Singgang Daging

BAHAN-BAHAN


1 kg daging
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih diris
3 inci lengkuas dihiris
1 inci kunyit hidup dihiris
1 sudu besar ketumbar - tumbuk kasar
air untuk merebus
2 keping asam keping
cili padi
1 biji tomato (jika suka)

Cara penyediaan

1. Rebus daging bersama bahan2 yg dihiris, ketumbar dan juga asam keping.

2. Kemudian masukkan cili padi dan tomato yg dipotong 4. biarkan mereneh, jika perlu tambahkan air.   masukkan garam dan gula secukupnya.  Sedia dihidangkan.



2 comments:

AZLITA AZIZ said...

Salam gee..
pagi2 singah sini dah terhidang singgang daging..
seakan memanggil-manggil akak untuk mencuba!
lauk singgang memang fav akak!

tun_telani said...

morning kak gee!!! kalau kt kg lepas2 raya korban, byk kali la menu singgang daging ni berulang2.. hehe.. tun suka mkn singgang ikan je. xtahan bau hamis daging.