Sunday, January 8, 2012

Yang biasa2 saje...


Sunyi sepi blog kak gee kebelakangan ini... entah ke mana hilangnya mood nak berblogging.... kesibukan dan keterbatasan waktu barangkali... apapon hari ini kak gee sempat menyapu habuk2 yg sudah semakin tebal di blog ini.... harap2 selepas ini Allah permudahkan segala urusan dan dapatlah bergerak aktif semula... InsyaAllah.....



Resepi yang simple dan biasa2 saje dari kak gee... sayur bendir goreng belacan... kak gee suka makan dengan nasi panas dan ikan goreng... ermmm...  

BENDI GORENG BELACAN

BAHAN-BAHAN

10 batang bendir
5 biji cili api
5 ulas bawang merah*
1 inci belacan*
Segenggam ikan bilis*
Garam dan gula secukupnya

Cara:

1. Tumbuk cili padi, bawang, ikan bilis dan belacan. Jangan terlalu lumat.
2. Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau. Masukkan sedikit air.
3. Sementara itu, potong bendir kecil2 dan terus masukkan ke dalam bahan tumisan tadi. 
4. Masukkan garam dan gula.  Gaul rata dan boleh dihidangkan..

4 comments:

Unknown said...

sayangku kak gee
nak tau tak??
ayu pun dah 3-4 hari tak berblog.. entah mengapa ya, mood kita seakan sama
tapi ayu cuba jua update blog, tak apa.. kita bagi ruang buat diri kita..

tapi ingat, persahabatan duani maya mmg hebat.. jadi jgn berhenti berblog tau

Unknown said...

assalam kak Gee, simple menu ni tapi amatlah menyelerakan kalau mkn ngan nasi putih panasx2 ni.nieza suka:)

izahdaut said...

yang biasa ini la yg sedap kak gee.. tumpang kaut sayur kat sini kak

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak gee,bendi nih sayur wajib da lam peti kak,kira xpernh putus,hb suka,sy pon suka,wat kari ke,goreng ke,kalo mls sgt celur gitu jer pon mmg suka..

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015