Tuesday, January 3, 2012

Kuih sagu nan sayu...


Sunyi rumah hari ini tanpa anak2... Along sudah ke PLKN di Temerloh, kakak sudah masuk asrama, Alif macam biasa di Tahfiznya... tinggal yang kecik si eQa jer... sayu jer rasa hati.... itupun esok eQa sudah mula bersekolah dengan status baru sebagai Pengawas atau Leader... ahai


Kuih sagu @ bronok ini kak gee buat semalam... buat minum petang sehari sebelum anak2 berangkat ke destinasi masing2... kuih yg simple, mudah dan cepat menyediakannya, kan.... makan pon senang... gulp..!! masuk tekak.... heee kenyang.  Mari layan resipi pulak yer....


Kuih sagu @ bronok

Bahan-Bahan:

1 cawan sagu (direndam selama sejam)
4 cwn air
1/2 cwn gula
1 sudu besar sirap ros
Kelapa parut (gaulkan dgn sedikit garam)

Cara membuat:

1. Masakkan air+gula hingga larut.
2. Masukkan sirap ros. Kacau sebati.
3. Masukkan sagu dan kacau hingga sagu kembang.
4. Akhir sekali, tuang dlm loyang dan sejukkan.
5. Bila dah sejuk, potong dan disalut dgn kelapa parut

5 comments:

Mieza said...

kak gee..kuih ni memang sedap diakan di musim ujan begini..kena lak dengan kopi panas..hmmm sedap memang makan samoai licin la kak..dulu2 masa sekolah time ujan cikgu suka beli dan bagi kat kami..TQ cikgu...

~~zAnAfAhMi~~ said...

Kesiannya, itu anak ramai, mcm akak ni sorang je anak......laaaagi sunyi, belum masuk u tu.....luar negeri ke, hemm......
Kuih sagu /nona kan? Mmg sdp, kena pula kelapa muda.

izahdaut said...

saya suka saya suka..
skrg ni suka style kukus lak kak. kes malas nak kacau lama depan kuali. hehe..

Yatie said...

adoyaiii kuih kegemaranku ada kat sini...wat terliur je..

Liza said...

salam kak gee...ni kuih peberet anak sulung Liza...rindu pulak kat dia bila tgk kuih ni, padahal smlm br hantar dia kat asrama....hihihihi

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015