Wednesday, January 30, 2013

Murtabak pak arab


Ya habibi Ya Maulana... pagi-pagi naik unta... hehehe... apa khabar semua? Sudah sarapan ke? k.gee sarapan yang ringkas saje... beli roti arab dan buat inti daging macam murtabak tu... inti tu pon belen buat topping piza hari tu... lepas itu lapiskan, curahkan telur dan masuk oven... bila sudah masak, potong dan hidangkan....



MURTABAK ROTI ARAB

3 keping roti arab
3 biji telor - kacau sedikit macam telur dadar
Keju mozarella parut

Inti

100 gm daging cincang
2 biji bawang besar - potongd dadu
4 ulas bawang putih - tumbuk
2 sudu rempah kari
1 sudu culi kisar
Garam dan gula secukupnya
Minyak menumis

Panaskan kuali dan tumis bawang putih, cili kisar dan bawang yg dipotong dadu.  masukkan rempah kari dan sedikit air.  gaul rata.  masukkan daging kisar dan masak hingga daging empuk.  tambahkan garam dan gula secukup rasa.  Kacau sehingga agak kering.  Angkat dan sejukkan.

Cara melapis :

Sediakan loyang yang hampir sama saiz dengan roti arab.  Sapukan sedikit marjerin.  Letakkan roti arab dan lapiskan inti di atasnya.  curahkan telur.  Ulangi lagi sehingga 3 laipsan dan laipsan atas sekali taburkan keju mozarella parut. Masukkan ke dalam oven 180 darjah celcius selama 15 mint. 



Ops... jangan tenyeh mata yer... memang pic kelabu asap...
hehehe...  



7 comments:

hazila said...

Kreatif tu kak gee....

tun_telani said...

wahh.. special ni kak gee.. ada cheese lg murtabak nih.

Sue @ Nenie said...

Salam..emmmmm buat sarapan sedapppp ni

Tihara said...

Wahh sedap nih :)

Marsita yahya said...

kreatif kak, dah macam lasagna pun ada hi hi...nak try lah nanti..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sodapnya... kalah pak arab ni :D

zila norazila said...

salam syg kak gee ..mmg kretip akk nie kan..nampak sedap la kak..