Monday, January 21, 2013

Siakap segar dari ladang


Assalamualaikum... Salam Isnin semua... lambat gee-hut buka pintu hari ini... al maklumlah sudah 2,3 hari hujan turun mencurah-curah... cuaca di luar lembap membawa sampai ke dapor gee-hut pun lembap sama.... hehehe... Masak tetap masak tapi bab nak 'menembak' yang lemah sikit... sudahlah kamera cap ayam skill pun tak berapa ada.... kelabu asaplah pic jadi nyaaa...  


Lunch apa yer tengahari ini? Itu hari masa singgah di dapor Ibundo, k.gee sangat2 teruja dek lauk ikan siakap rebus yag dihidangkan... Menunya simple dan menyelerakan... dan boleh dikatakan menu sihatlah sebab hanya direbus sahaja... Lepas tu Ibundo kata dia siap hirup2 lagi kuahnya... wah! makin meronta2 k.gee nak membuatnya.... Kebetulan pulak anak syarikat tempat k.gee bekerja ada buat kolam ternakan ikan siakap di Pekan, Pahang dan memang nak menjadi rezeki agaknya, elok2 tengah 'mengidam'kan lauk Ibundo tu ada orang ofer ikan siakap segar dari ladang dengan harga yang berpatutan... so.... apalagi!!! terus order 2 ekor.... dan petang itu juga ikan siakap dimasak asam... Terima kasih Ibundo bagi idea walaupun gee derhaka sikit ikut citarasa kami sekeluarga...  c&p resepinya di sini yer...  



IKAN SIAKAP MASAK ASAM
Resepi : Ibundo


1 ekor ikan siakap dikerat beberapa potong

2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih*
1 biji buah keras*
2 batang serai diambil bahagian putihnya sahaja *
1 cm halia * (gee tak letak)
1 cm lengkuas * (gee tak letak)
2 biji cili merah (cili besar)*
sehiris nipis kunyit hidup*

1 helai daun kunyit
1 atau 2 keping asam gelugur
6 helai daun limau purut dibuang tulangnya (gee tak letak)
beberapa biji bende
1 biji tomato dibelah lapan dan dibuang bijinya
air secukupnya
Blender bahan yang bertanda*.

Masukkan ke dalam periuk dan di tambah air. Airnya jangan terlampau banyak. Agak-agak ikan tenggelam sahaja. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan, asam keping, daun kunyit yang dicarik-carik, daun limau purut dan garam secukupnya. Kalau suka pedas boleh masukkan dua tiga biji cili api yang dititik.

Masukkan pula bende. Kalau suka bubuh perasa tambahan, bubuhlah. Bila sudah masak, padamkan api dan masukkan tomato.

 

Jangan mengendeng yer... habis sudah
heheheee....


7 comments:

Marsita Yahya said...

slurpppp mmg sedap...Mas baru aje buat tapi tak sempat pos lagi:)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Aduh kak Gee tak tahan tengok kepala ikan siakap tu menjenguk suruh di makan... terliur ai sudah :D

K.Nor said...

bak 2 ekor siakap segar dr ladang, rasa nak buat stim jer :)

mama sara nur @ Cik Nor said...

baru nak ngendeng kak kata dah habis hu huu dah meleleh je airliur
memang sedap sungguh ni rasanya x perasan org lalu belakang he he segarr

Kak Rose said...

kak rose pun ada 2 ekor ikan ni, tp dari ladang Tesco jer... boleh la masak cenggini kalau rajin nnti!

hazila said...

Yang simple tu yg sedap. Kadang kala ambil masa yg lama nak masak tapi makannya sikit saja.

tun_telani said...

Salam kak gee.. ikan fresh masak rebus mcm ni mmg sedap. lagi laa kalau dpt siakap yg mmg kompom sedap nih.. bagusnya ada kolam ikan, kt tmpt tun keje ada bela talapia dgn keli je.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015