Salam Isnin dan salam ceria semua... mari kita mulakan hari baru minggu baru dengan semangat dan fikiran terbuka... buang yang keruh ambil yang jernih... sesungguhnya apa yang berlaku adalah ujian dan dugaan dari Allah... kadang-kadang Allah uji hambaNya dengan kepayahan, kadang-kadang Allah uji hambaNya dengan kekayaaan... ini semua dugaanNya... semoga kita redha dengan segala ketentuan... Subhanallah Allahuakbar...
AGAR-AGAR SANTAN
Bahan
10 gm agar-agar tali
4 cawan air
1 cawan gula
200 ml santan pekat (santan kotak atau susu cair pun boleh)
secubit garam
1 sudu besar sirap ros
2 helai daun pandan
Cara:
Masak agar-agar dan air hingga larut. Masukkan daun pandan.
Masukkan santan, secubit garam, gula dan sirap ros.
Kacau dan tunggu hingga mengelegak atas api yang kuat. Kacau terus supaya ia tidak melimpah.
Basahkan loyang atau apa acuan pilihan, tuang agar-agar tadi dan biarkan ia beku. Sejukkan dlm peti ais.
mari sejukkan tekak...
12 comments:
aduss tergoda lak pulak..terasa sejuk lembut ja masuk ke mulut nie...hi hi hi..
cantik gambo dia rasa nak terkam skrin :)
sedapnya..lama tak makan agar2 camnie.
kak gee ni memang pandai mengoda..akan usahakan agar2 santan la ptg ni...sedapnya
kt sini bhang pns yg amat...
tp bila tgk agar2 santan ni, trus sjuk...
hehehee...
panas2 ni dpt mkn agar2 tu sedapnya kak..dulu2 dh pnh try buat..tp xjd pulak cmtu..slh skill kot kan..hihi
Sedapnya Gee, terasa sejuk jer lalu kat tekak akak ni :)
Sedap kalau masuk tekak time musim panas ni.
Dulu masa kenduri banyak lagi2 time rewang. Tapi sekarang memang payah nak jumpa dah..kena rajin la macam kak gee buat sendiri..hihi
MALAM baru ternampak agar-agar ni cantik dan menarik rasa nya pasti dah tau sedapppppp simple je kan nanti akak pun nak try lah
salam
sedap ni mkn sejuk2..
adus sedapnya..rasanya nyaman kat tekak
sdapnye menggoda goda selera
Post a Comment