Friday, February 7, 2014

Daging Hitam Manis


Assalamualaikum... Salam Jumaat semua... sudah makan tengahari ke..? apa!!! sudah terlentang kekenyangan... pekena 3 pinggan ko !! waaah! mesti menu special tu... maklumlah air tangan isteri kan... untunglah suami-suami yang ada isteri pandai memasak... oda saja... bertuahnya badan... 

Hari ini isteri yang sorang ini masak menu campak-campak jer... mood tak berapa rajin.... hehehe... masak satu lauk saja... daging hitam manis... kalau bab masak ala-ala kicap macam ini k.gee jarang ada standard dan sukatan... bak kata orang kampung ikut dan aje... kebetulan ada stok rempah opor Ubai Saji jadi k.gee tambahkan sedikit dalam ramuannya... terasa kuahnya pedas, manis dan berempah... sedap kalau dilayan dengan nasi hangat tau...!!!   



DAGING HITAM MANIS

Bahan-bahan:

500 gm daging lembu - dipotong nipis dan direbus

Bahan kisar :

3 Bawang putih
4 Bawang merah
1 inci halia
10 tangkai cili kering - direbus

Bahan lain :

1  sudu rempah opor - bancuh dengan sedikit air
1 sudu lada hitam - tumbuk halus
1 keping asam gelugur
Beberapa biji cili padi
1/2 cawan kicap manis
2 sudu sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.  Masukkan rempah opor, cili padi (tumbuk kasar) dan lada hitam. Kacau.

2. Masukkan daging yang telah direbus tadi, tambahkan sedikit air.  Kacau hingga mesra.

3. Masukkan garam, gula dan asasm gelugur. Tambah kicap dan sos tiram.

4. Masak sehingga kuah agak pekat. Siap dan boleh dihidang.
 

Alhamdulillah... best kata hubby....

3 comments:

ady said...

salam
hitamnye kuih dia..sedap mkn dgn nasi panas2

Unknown said...

Salam ziarah juga kakak.Kena letak link blog akak ni kat sidebar.Byk resepi menarik sini : )

Unknown said...

sedapnya... sy ada jual rempah masak hitam.. ehe.. hitam juga.. masakan gerik..

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015