Wednesday, February 19, 2014

Ikan Salai Lemak Belimbing


Apa menu hidangan lunch hari ini yer...? sedap nya kalau dapat layan menu masakan kampung kan... masa balik kampung baru-baru ini k.gee sempat petik buah belimbing buluh yg berganyut-gayutan di pokok belakang rumah emak... dapatlah k.gee kumpul satu plastik untuk dibawa balik ke Kuantan.... kebetulan ada ikan keli salai yang k.gee beli di Pekansari Temerloh, terus godek2 masak lemak cili padi ikan salai dengan belimbing buluh... best tu...!!  


Rupanya ikan keli salai ni lembut bebenor isinya... bila nak senduk dalam mangkuk terus terpotong dua badannya... nasib baik tak hancur terus... k.gee masak seekor jer sebab anak-anak tak gemar makan ikan salai... jadi seekor k.gee kongsi berdua dengan abang hb..  



IKAN SALAI LEMAK BELIMBING

BAHAN UTAMA

1 ekor ikan keli salai
10 biji belimbing buluh
4 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 helai daun kunyit
1 camca teh garam
Asam keping/gelugor
Sedikit gula

BAHAN TUMBUK HALUS

10-15 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 biji bawang merah

Bahan lain:

CARA :

1. Masukkan bahan yg telah ditumbuk ke dalam kuali atau periuk. Kemudian masukkan santan cair, serai dan asam keping.

2. Bila sudah memdidih, masukkan belimbing buluh dan biarkan sedikit layu.  Masukkan pula santan pekat dan ikan keli salai dan masaklah sehingga pekat kuahnya. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.  Akhir sekali taburkan daun kunyit yg dihiris nipis.  Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



Jemput semua....
jemput tengok aje lah... hehehe


7 comments:

Umie Jazz said...

Assalamualaikum gee ngancam hyabih menu tghari gee..kecur air liur...

hazila said...

Sedapnya kak. Meh nak tumpang bersila sama ye....

hazila said...

Sedapnya kak. Meh nak tumpang bersila sama ye....

Shiela said...

Salam Gee.. lauk ni kalau Farrah nampak mmg tak hengatlaa dia meratah.. :)

iT's All aBout uS said...

sedapnya ikan salai..... semalam buat gak tapi ikan mayong je... hehehehe (ni kes terliur ngan menu kak gee la ni)

Norma NML said...

Slm perkenalan..

Suka baca coz boleh refer byk resepi..btw macam sedap je ikan salai tu tapi sygnya x mkn ikan keli..hehe

If sudi jom la ke blog akak ;-)

http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

fazianbatrisyia said...

kat rumah MIL byk lagi buah belimbing ni...kalau rajin boleh cuba

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015