Tiada menu istimewa dari dapur gee-hut hari ini... sekadar kuih klasik yang diberi nama Kuih Talam atau Kuih Tepung Talam... kuih ini kegemaran k.gee dan faveret boss k.gee juga... Bos kata kalau dia makan kuih ini dia selalu terkenangkan arwah ibunya yang pakar kuih talam... kebetulan kuih buatan makcik di restoran Lepeh Corner Kompleks Teruntum tu hampir sama rasanya dengan kuih buatan ibunya... jadi bila berpeluang ke sana boss akan beli lebih dan tapaw untuk kami di pejabat... rasanya yang manis, ada aroma gula kabong dan bahagian atasnya yang terasa lemak santannya itu memang sangat mengasyikkan...memang sangat yummy!!
Bila balik ke rumah, k.gee pun merajinkan diri menggodek kuih talam... maklumlah tak puas makan yang bos belanja.... hehehe... tak sempat nak meng'google' segala bagai... resepi main hantam je... sedap tapi kalau lembik sikit bahagian kepala tu lagi sedap, komen hubby...
KUIH TALAM @ TEPUNG TALAM
Bahan2nya:
Lapisan bawah:-
2 cawan tepung gandum
2-3 sudu besar tepung ubi
2-3 sudu besar tepung ubi
Sedikit kapur
1/3 cwn gula
2 keping gula kabong/gula merah
1 cawan air
Daun pandan
1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
Campurkan semua, tapis dan masak sekejap di atas api sehingga keluar wap. Lorekkan lapisan bawah yg dikukus tadi dan tuang lapisan santan ke atasnya. Kukus lagi selama 30 minit. Sejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.
Pagi hari kita sarapan
Kuih talam secangkir kopi
Senyuman pagi hendaklah dibiasakan
Agar kita sentiasa diberkati...
6 comments:
kuih feveret arwah mak saya
kalau ada kenduri jiran mesti mak bawa kuih ni :)
sedapnya.... rasa cam nak buat jer!!!! sementara tu cuci mata kat sini dulu.
sedapnya kak.... bak mai sepring.. hehehehehe
Nampak seda ni gee, macam kak ros kat atas tu, rasa nak buat pula balik kerja nanti
Rajinnya Gee menalam bagai... akak suka makan tapi mood kerajinan tu yg tak mari-mari lagi ni :)
sedapnya kuih talam. cantik pulak tu
Post a Comment