Thursday, February 20, 2014

Oreo brownies


Sesekali layan menu orang putih ok juga kan... k.gee memang kurang rajin membaking sebab maklumlah tekak melayu.... suka layan kuih muih tradisional dan lauk pauk kampung jer... kek mengekek tu timbul bila anak-anak balik bercuti dan berkumpul di rumah.... kelmarin anak bujang k.gee demam dan tak berselera nak makan nasi... dia request nak makan yang manis manis so k.gee godekkan oreo brownies ni untuk dia...  


Pertama kali buat brownies... hampir-hampir fail... resipi k.gee gugel jer tapi lupa nk save tuan punya blog... sebenarnya k.gee tersilap buat kira-kira... bila tengok sikit sangat bahan-bahannya k.gee terus doublekan adunan ... konon2 biar dapat banyak... rupanya bila dah masak, brownies jadi tinggi dan tebal... alahai.... gemuk la pulak brownies k.gee... rupa-rupanya brownies memang nipis dan leper jer kan... hehehe... next time cuba lagi...!!!


OREO BROWNIES

1/2 cup (125ml) vegetable oil
1 cup (22g) sugar
1 tsp vanilla
2 large eggs
1/4 teaspoon baking powder
1/2 cup (40g) cocoa powder
1/4 tsp salt
1/2 cup (64 g) flour
15-20 oreos

the how to :

1) preheat the oven to 170''c

2) mix oil and sugar til well blended

3) in goes the eggs and vanilla, stir until just blended

4) in another bowl, mix all of the dry ingredients.

5) stir in the dry ingredients into the wet ingredients.

6) crush the oreos and stir in 3/4of them into the mixture.

7) pour batter into greased 9x9 square pan or line with parchment paper.

8) sprinkle the remaining broken oreo bits over the top of the brownies batter.

9) bake for 20 minutes or till the sides to pull away from the pan.

10) cool completely before cutting them.



Kalau nak best lagi, curahkan chocolate ganache ke atasnya...
oh yummy...!!!


14 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Memang yummy tu Gee... :)

Roha said...

salam kak gee..
macam mimpi je tau..akak sudi singgah blog saya.. saya selalu terjah blog akak tapi sebagai the silent reader..malu arr nak drop comment..:)

hari rasa bangga n bersorak je dapat tetamu seorang blogger yg famous macam kak ita masam manis..

thanks kak gee..sudi singgah n drop comment kat blog saya :)

p/s : akak kat mana saya nak follow akak..google friend tak kuar pon !:)

Gee® said...

Nur Hayati... cubalah memang best

Gee® said...

Roha... Thanks Roha sudi singgah... k.gee account google

Wani said...

Salam singgah kak gee ingat nak pelbagaikan brownies ni nak letak oreo pulak ....sedapnya brownies lama dah tak buat

umi's cup cake said...

wa..kak ge..kita telan air liur je la tengok brownies ni...

adda syuhada said...

should try nih...

fuzidss said...

salam perkenalan kak.... menarik blog akak ni i follow ya

Umie Jazz said...

Assalamualaikum gee ...aduh sdapnya brownie dicurah plak coklat ....

Mel said...

ini sekali sekala kalau dapat memang tak pandang kiri kanan ni..mau habis sepotong..sepotong masuk dalam mulut..

Bbwana adienia said...

wah sedapnya kak..bab oreo tu yang x tahan tengok..hihi

Yatie said...

tngk pun dah buat terliur je...mesti cuba ni.

zana fahmi said...

Salam Gee, tq sudi singgah blog picisan akk tu. Nak banding dgn gambar Gee kat sini, mcm langit n bumi je.
Ada sekali buat brownies, takde peminat la dlm rumah ni.

fazianbatrisyia said...

kalau oreo buat apa pun sedap

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015