Wednesday, February 12, 2014

Pasta ala kampung


Sesekali kalau layan pasta goreng best juga kan... pasta goreng ala-ala kampung... maklumlah k.gee ni kalau memasak paling wajib sekali adalah cili padi dan harus pedas.... baru ngam dengan selera tekak Melayu.... hehehe


Sebenarnya ini menu sarapan pagi tadi.... k.gee tapaw dan jamu selera bersama member2 di opis... tapi ada juga rakan-rakan k.gee yang tidak gemarkan pasta dan ada yang pelik tengok riben goreng ni... hahaha... k.gee pun bukanlah selalu makan pasta cuma bila teringin nk makan tu biasanya k.gee akan olah resipinya supaya sesuai dengan citarasa yang digemari... bahan2 pun bukan ada sukatan sangat... main campak2 jer... janji sedap dan kenyang perut.... tak gitu!?


PASTA ALA KAMPUNG

Bahan-bahan :-


250gm pasta riben
Sotong, udang dan isi ayam -- k.gee tak sukat campak2 jer
1 biji  bawang besar – dicincang
4 ulas bawang putih – dicincang
4 sudu besar cili kisar
5 biji cili padi - potong kecil
3 sudu besar sos piza (tomato puri + rempah piza)
1 kiub ikan bilis
Lobak, kobis, capsicum  - hiris nipis
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak

Cara-cara

1.Rebus pasta riben sehingga lembut dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak.

2.Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.

3.Masukkan cili kisar, kacau hingga sekata. Masukkan sos piza, kiub ikan bilis dan sedikit air.

4.Masukkan ayam/seafood dan kacau sehingga hampir masak.

5.Masukkan sayuran dan past yg direbus tadi. Kacau hingga sekata.

6.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.


Jom layan pasta kampung ni....


8 comments:

asyifa mustaffa said...

K.gee...anak sy klau buat gini dia x nak...katanya...ni bukan pasta...ni dah mcm mee goreng katanya...tp sy belasah jer...sedap juga kan...

umi's cup cake said...

kak gee..anak2 umi pun suka kalau pasta di gorengkan.. selera betul

Mel said...

bowtie ni memang suka. Kalau tak letak cili padi memang tak sah. Sedap tuuu

ady said...

salam
sedap pasta...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnyer gee.. sy ok je dgn apa2 pasta.. tp memang betul ada sesetengah tak suka pasta..

cheq da said...

Asyik bandar jea..sekali sekala kg ok jgk..

cikla said...

sedapnya..leh try ni..anak2 suka pasta tak kira lah masak mcm mana pun

MamaFaMi said...

Hihihi.. ni kampung orang putih ye Gee?

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015